Pages

Wednesday, March 16, 2011

:: foot patch atau health pad untuk nyahtoksin dari badan ... berkesan ke? ::

Salam, 

Rasanya ramai tahu tentang foot patch atau health pad yang digunakan untuk nyahtoksin toksin dalam badan kita ni. Secara ringkasnya produk begini dicipta sebab titik refleksologi manusia semuanya berhubung di bahagian tapak kaki. Macam urutan kaki refleksologi la jugak. Kalau urut selalu boleh tingkatkan tahap kesihatan kita. Produk-produk ni menggunakan sumber dari pokok, bahan natural dan ion negatif. 

Ia menyerap toksin dalam badan keluar dari tapak kaki kita tapi juga boleh digunakan kat bahagian badan yang lain contohnya pinggang, bahu dan tangan. Kat sini aku nak kongsi berkesan ke tidak produk ni sebab aku baru je cuba pakai. Ini kira testimoni pelanggan la jugak. Ada 2 jenama produk yang aku cuba. Satu jenama daripada Cina kalau tak silap dan satu lagi produk Jepun yakni Kinohimitsu. Dari dulu lagi aku nak try benda ni tapi mana la mampu.

Foot Patch dan Kinohimitsu Health Pad



Jenama Cina (Foot Patch) tu murah je dalam RM 15 harga dier dan aku beli dari student yang belajar kat tempat aku keje ni. Isi dalam ada 10 helai pelekat nyahtoksin tu. Maknanya boleh gunakan untukk 5 hari. Aku cuba produk ni dulu sebab murah kan. Hehe ... dari hari pertama sampai hari kelima memang nampak kesannya. Hitam. Maknanya banyak toksin. Kalau nak order sila la beritahu atau boleh email kat aku.

Hari Pertama - Foot Patch
Hari Kelima - Foot Patch

Jenama Kinohimitsu tu pulak aku baru je cuba malam tadi. Pagi ni bukak memang nampak kesannya. Tidak sehitam Foot Patch tapi agak berpeluh kaki aku. Nampak la minyak-minyak toksin tu. Seram jugak. Jenama ni aku beli yang promo pack harga RM 29.90 untuk 4 helai pelekat nyahtoksin. Mahal kan? Harga normal untuk 2 keping RM 25.00. Kalau nak dapatkan hasil terbaik kena guna setiap hari selama 2 minggu lepas tu sekali atau 2 kali je seminggu. Kira la sendiri berapa kosnya. Hehehe ~

Hari Pertama - Kinohimitsu
Apa-apa pun ini sebagai salah satu cara nak menjaga kesihatan. Sebenarnya aku nak mencuba berbekam pulak lepas ni sebab Nabi Muhammad S.A.W unjurkan berbekam. InsyaAllah dapat buang darah kotor dalam badan. Kos berbekam tengok tempat sebab ada tempat yang mahal dan ada yang murah. Ada jugak sampai RM 20.00 satu cup. Kalau mampu cuba lah. 

Setakat ini dulu. ~ sebarang komen adalah dialu-alukan ~

1 comment:

  1. orang kate detox foot patch ni tipu. sy nk try pun takut. takut membazir.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...