Pages

Wednesday, February 23, 2011

:: @ star education fair 2011 day 1 & 2 ::

Salam,

Aku dan booth AeU
Nampaknya dah 4 hari aku tak update blog aku ni. Tapi aku tetap nak cerita waktu aku kat Penang untuk Star Education Fair 2011 kat PISA. 1st day event tu ramai la jugak orang sebenarnya cuma nak btau kat kamu sume booth Asia e University (AeU) terletak kat bahagian atas. Means event ni ada kat 2 floors. Booth yang kat bawah semua besar-besar punya booth antaranya INTI University, Berjaya University College, ATI College ngan KDU University College. Booth yang belah atas semua kebanyakan single booth je so saiz kecik je. Hehehe ~

Other institutions semua kat atas. Event ni start kul 11 pagi sampai 7 malam. Tak banyak nak diceritakan waktu event sebab macam biasa la kita just approach people who walking there and sell to them our products. Event kali ni F&N sponsor minuman FruitTree. Kasi free. Kalau dah nama pun free mestilah kena rasa kan. Lunch masa 1st day aku makan nasi ayam dengan bos. Katerer kat sini ada 1 je la kan. Orang pulak ramai. Aku ngan bos plak makan lambat. Stock makanan tu ada tapi nasi ayam dier kureng skit la ~ nasi kurang masak pastu aku tertelan 'segumpal' garam rasanya ~ perghhhh ... 

Booth kat bawah

Hari pertama tu kitaorg tutup booth pukul 7 malam la jugak pastu balik apartment. Pada malamnya aku ngan bos pegi makan kat Pantai Jerejak. Beselah makan ikan Jenahak masak pedas sekor, telor dadar, sayur goreng campur, tomyam ngan sotong goreng tepung ... yum3 ~ balik dari makan kitaorang pegi la singgah Batu Feringghi ~ just tengok-tengok tempat je dulu sebab dah lewat pun kitaorang sampai pastu kedai banyak tutup.

Free FruitTree
OK ~ hari kedua dimulakan macam biasa. Cuma hari tu aku amik banyak skit air FruitTree yang free tu. Hahahaha ~ Crowd takdelah seberapa tapi boleh la. Lunch kitaorang beli bungkus je. Bos aku nasi ayam jugak la dier ~ Bila dah petang sikit ada persembahan tarian kat booth dekat-dekat kitaorang. Kalu tak silap dorang tu budak-budak yang masuk Showdown 2010. Al-malangnye aku tak sempat nak tengok sangat sebab time tu la ada orang datang ke booth.

Hari kedua booth tutup awai skit sebab orang pun dah takde ~ hihihi ~ takdela awal mana pun ... dalam pukul 6 lebih la jugak ~ sebab nak mengemas la katakan. Lepas tutup booth terus balik apartment. Malam pukul 8 terus bergerak ke Gurney Drive kalau tak silap. Makan la pasemboq kat situ. Kali ni kitaorang berempat tau bukan berdua~ ehem ~ada la 2 orang budak CUCMS join kitaorang. Tapi aku tetap yang paling muda antara mereke-mereke tu~ heee ~ 

Kejap ada
Kejap takde
 Makan pasemboq semua dah kenyang pastu kembali la kitaorang ke Batu Feringghi. Kali ni jalan-jalan beli barang. Aku beli ~ adalah rahsia ~ ada la jugak beli kenang-kenangan skit dari Penang. Lama jugak shopping tapi lepas tu balik terus tido sebab nak balik KL esoknye kan ~

Beca kat Batu Feringghi
Aku dengan bos
Ruang Apartment
Ruang Apartment 2
Rumah teres jadi shoplot











Just nak share skit sebab aku cam pelik kat Penang ni ada style rumah dier bahagian belakang menghadap jalan utama ~ kira rumah-rumah taman la tu~ pastu kebanyakan rumah teres ni dijadikan kedai ke ape ke camtu. Korang tengok je la gambor senang ~ Aku balik KL ngan bos dalam pukul 11 pagi Isnin. Sampai KL dalam kul 3.30 petang. Sempat la singgah R&R Tapah makan beli buah skit~

Tu je la ceritanye ~ banyak info boleh share sebenarnya tapi kalu citer panjang sangat jadi boring plak nanti ... kalu ada pape tanye la ye ~~~

Saturday, February 19, 2011

:: @ star education fair 2011 ::

Salam ...

Hari ni aku nak update korang ngan aktiviti aku join marketing event kat tempat keje aku yakni Asia e University. Macam biasa tiap tahun paper Star tu akan anjurkan event yang diberi nama Star Education Fair 2011 dan kali ni aku join event ni kat Penang International Sports Arena (PISA) kat Pulau Pinang. 

Tag
Aku pegi dengan bos marketing dan kitaorang ni jadi Exhibitor la. Perjalanan mula kul 11.00 pagi tadi dan sampai lebih kurang pukul 3 petang. Ok la tu ~ lagipun bos yang driving takde la bawak laju sangat. Siap ada roadblock tengah highway ~ hehehehe~ separuh perjalanan benti la kejap kat Ipoh pegi lunch makan McDonald. Ha ~ jangan kata kitaorang tak solat Jumaat~ kan musafir~ ...
Ipoh ~
Lepas aku 'ngap' Double Prosperity Chicken kitaorang pun teruskan perjalanan. Sampai je kat Pulau Pinang ni kitaorang cari tempat menginap dekat Krsytal Suite. Ha~ boleh tahan gak kat sini. Event sebelum ni pun aku penah join kat Penang ni tapi stay kat Vistana. Stay kat sini pun apartment type sama cam Vistana dulu. Duduk 30 minit dalam bilik kitaorang pun gerak la ke PISA setup booth AeU. Sejam je nak setup~ huhuhu~ pastu pegi minum kat kedai mamak~ ada best part kat sini sebab kali ni kitaorang parking kena bayor 3 posen. Siap ada resit. 3 posen untuk setiap setengah jam. Tergelak aku ngan bos sebab nak claim ke? hahahah ~ Pas minum balik la bilik.

Kenderaan kami

Malam dalam pukul 8 tadi baru gerak pegi makan kat Giant. Kecik je Giant tu. Makan pun kat foodcourt dier je. Menu? Nasi ayam goreng dengan nasi goreng tom yam. Abis licin mungkin sebab lapar la kot ~ kuang3 ~ Lepas makan singgah CIMB and then ~ pegi 7-Eleven. Ada citer menarik kat sini. Aku beli 2 botol air ngan coklat. Dier tak kasi beg plastik. Aku tanya 'Arini memang takde plastik eh?' ... dier jawab 'Setiap hari memang takde plastik' ... hahahahaha ~ setahu aku hari Sabtu je hari tanpa plastik. Nak kena cari update ni... 

Apartment kami

Aku dan kerjaku


Booth kami

Ok~ setakat itu dulu ~ tomorrow is the event~ nak kena rehat cukup-cukup dulu ~ selamat malam ~ :)

Wednesday, February 16, 2011

:: ptptn ::

Salam kepada semua, 

Seperti yang semua tau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara@PTPTN adalah Perbadanan dalam negara Malaysia ni yang bagi pinjaman kat pelajar-pelajar untuk lanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi. Tapi yang aku nak citer adalah pasal bayaran balik hutang dari si peminjam.

Untuk pengetahuan korang aku dapat pinjaman PTPTN waktu aku belajar kat Politeknik Shah Alam dulu selama 3 tahun dan Alhamdulillah aku tamat pengajian pada akhir tahun 2008. Sekarang aku dah bekerja. Setakat ni aku belum kena blacklist lagi sebab aku maintain buat bayaran setiap bulan. 

Aku teringat tahun lepas dalam berita ada disiarkan kes seorang pelajar ni lapor kat media sebab dier dapat surat mahkamah sebab tak buat bayaran PTPTN. Alasannyer kalau tak silap sebab masih belum bekerja. Mengikut anggaran jumlah peminjam yang ‘ingkar’ membayar semula pinjaman sekarang ni dalam 100,000 orang. 

Sebenarnya bukanlah susah nak buat bayaran balik kalau kita ingat tentang orang lain. Kalau dilihat pada realitinya ada antara peminjam ni sebenarnya mampu untuk bayar balik bulan-bulan. Maksimum bayaran balik sebulan pun tak la mahal ikut nilai pinjaman. Tapi still ada jugak kes tak bayar balik. Artis pun ada tu ~ perghhhh ~ Sejak kes ramai sangat peminjam tak bayar balik, PTPTN ada bagitau boleh buat rayuan dengan dorang bagitau berapa yang mampu bayar setiap bulan dorang boleh consider. 

Terbaru PTPTN tawarkan adalah skim Ujrah yakni potongan caj perkhidmatan 3% kepada 1% je kalau tak silap. Aku dapat offer tu dan dah memohon penukaran Ujrah tu. Itu bermakna dah kurangkan beban peminjam tapi kalau ada lagi yang masih degil memang tak tau nak kata apa dah~ nak seribu daya tak nak seribu dalih. Yang paling best ada yang kata PTPTN ni amik kesempatan dengan pelaksanaan Ujrah tu sebab nak trace balik peminjam-peminjam yang MIA (Missing in Action) la itu ini la. Tapi takpe~ itu pendapat masing-masing. Method yang PTPTN akan guna tahun 2013 nanti kalau tak silap nak wajibkan potongan gaji. Bab yang tu aku kurang setuju. Sebab nila setitik abis rosak susu sebelanga. Dulu waktu nak pinjam gedebuk dapat ribu riban. Bila nak bayor balik punya la liat walau RM 50 sebulan. 

Ce tengok balik kenapa PTPTN buat benda-benda ni semua? Kalau takde 100,000 yang ingkar nak bayar takde la dorang susah payah kejor. Dorang pun nak rolling balik duit tu nak bagi kat orang-orang lain nak timba ilmu. Kalau tak mampu nak bayar banyak bulan-bulan antar la surat rayuan kat PTPTN. Toksah la nak pegi bising kat media alih-alih diri sendiri yang malu  ~ 

Dalam Islam pun dah cakap hutang mesti dibayar. Kalau tak bayar mati besok dikira kat akhirat. Abis blaja cari la keje. Kalau nak buat penangguhan hantar surat. Kalau ada rezeki lebih langsaikan terus hutang tu senang. Berdoalah sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah. Jangan lupa niat kena betul. Kepada peminjam yang liat nak bayar balik tu sama-samalah kite beringat ramai lagi generasi baru nak belajar dan jangan lupa buat bayaran balik. Mana tau ada rezeki nak ke luar negara tetiba kena sekat sebab tak bayar hutang PTPTN ~ Oooppss ~ Renung-renungkan ~

:: salam maulidur rasul ::

Salam kepada semua,

Memandangkan rumah aku takde internet di hari cuti semalam, tak sempat aku nak update blog aku ni. Tapi hari ni aku tetap nak share dengan semua sambutan Hari Kelahiran Rasul dan Nabi kita semua yakni Nabi Muhammad S.A.W. Tanpa kita sedari sudah lama Nabi Muhammad meninggalkan kita namun Baginda lah yang menjadi ikutan kita dan InsyaAllah marilah kita sama-sama sentiasa amal dan ingat pesan Nabi Muhammad serta berdoa semoga kita diberkati Allah di dunia dan akhirat. Amin~

Jom kita tengok info mengenai Maulidur Rasul ni dengan kelebihan bulan Rabiul Awal. Klik dekat link blog kawan aku ni:

..ロスマワニ..n0thing impossible...: Salam Maulidur Rasul ..:


p/s: Rosie ~ aku link kan blog kamu ye ... :D

Sunday, February 13, 2011

:: api cinta ::

Saat kita menunggu sambutan Hari Maulidur Rasul yang akan disambut pada 12 Rabiulawal 1432H bersamaan  hari Selasa , 15 Februari 2011M, sedarkah kita sehari sebelum hari tersebut ada satu tarikh yang muda mudi sekarang anggap sebagai hari memadu kasih yakni Hari Kekasih @ Valentine’s Day. Aku rasa ramai dah Blogger tulis pasal Hari Valentine yang konon nak disambut esok.

Gambar Hiasan
Aku terpanggil untuk tulis isu ini sebab makin ramai anak muda terutama yang masih belasan tahun dah pandai lagak bercinta mengalahkan orang yang dah kawin. Isu ini pun secara kebetulan aku nak tulis bila membaca kandungan Khutbah Jumaat untuk Wilayah Persekutuan bertarikh 11.2.2011 bertajuk ‘Api Cinta’. Ringkasnya pasal Hari Kekasih la. Aku pun baru perasan besok ke hari tu???

Tanggal 14 Februari setiap tahun ramai orang menyambut Hari Kekasih termasuk sesetengah umat Islam. Sambutan Hari Kekasih sebenarnya bercanggah dengan dengan syariat dan akidah Islam. Sambutannya dah tentu menjurus kepada kerosakan akhlak. Senang cerita bila sambut hari tu pasangan kekasih berdua-duaan memadu kasih la kononnya sampai membawa ke tahap Zina.  Semua perlakuan tu hukumnya HARAM.

Ada beberapa pendapat yang kuat pasal asal usul Valentine ni.  Antaranya pada zaman Rom 14 Februari adalah hari cuti untuk orang Juno, Ratu dewa-dewa ROM. Hari esoknya diraikan satu pesta Lupercalia dimana dalam pesta tu nama gadis-gadis Rom dimasukkan dalam satu bekas pastu lelaki pilih nama dari dalam bekas tu. Nama pompuan mana terpilih akan jadi pasangan lelaki tu sepanjang pesta tu. Kedua adalah untuk memperingati St. Valentine yang kena bunuh ngan Raja Claudius II sebab ingkar arahan batalkan semua majlis kawin dan tunang pada 14 Februari 270 Masihi. Ketiga Ratu Isabella memulakan Valentine sebagai tanda terima kasih sebab Valentine berjaya hapuskan pengaruh Islam  kat Cordova.

Kesimpulannya sejarah awal Valentine adalah untuk memperingati Valentine atau dewa-dewa dan juga dikaitkan dengan kemenangan Kristian. Kita sebagai umat Islam patut berduka dan bukannya bangga menyambut hari tu. Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke 71 yang bersidang pada 22-24 November 2005 memutuskan amalan menyambut Valentine’s Day TIDAK pernah dianjurkan dalam Islam.

Kepada semua saudara dan saudari yang ada niat nak sambut tu batalkan saje la~ takde faedah pun. Islam dah unjurkan kasih sayang setiap masa dan bukannya satu hari yang spesifik. Cari lah yang halal dan bertaubatlah apabila kita melakukan kesilapan. Insyaallah berjaya dunia dan akhirat ~ Amin~ 


*Sumber utama kandungan Post ini adalah berdasarkan teks Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan bertarikh 11 Februari 2011.

Saturday, February 12, 2011

:: guru yang membakar ::

Guru adalah seseorang yang ada ilmu yang mengajar untuk memberi ilmu  kepada setiap insan kat dunia ni. Setiap orang mempunyai guru masing-masing termasuklah ibu-bapa sendiri yang mengajar anak-anak sejak dari kecil hingga dewasa. Cikgu, Tutor, Lecture dll. semua ni kite gelar sebagai GURU ikut level yang mana seseorang guru tu mengajar.

Baru-baru ni aku melihat satu berita dalam akhbar Harian Metro bertajuk 'Guru buas dijel 12 tahun' . Terfikir jugak sejenak sebab sebenarnya banyak kali jugak dah terdengar kisah guru yang menjadikan murid atau pelajar sebagai mangsa dorang. Bukankah guru sepatutnya menjadi mentor dan contoh yang baik untuk pelajar?

Sumber: Akhbar Harian Metro
Dalam kes ni guru lelaki ni ada pengalaman 20 tahun mengajar dan telah merogol seorang daripada murid perempuan berusia 12 tahun. Teruk betul perangai. Pengalaman guru ni mengajar memang lama tapi kenapa sampai boleh jadi begitu? Adakah kerana nafsu atau sebaliknya? Tak terfikir ke hancur masa depan budak tu? Ditambah pulak guru tersebut mempunyai lapan orang anak (tak tau bape laki bape pompuan) tapi macam buat dek je ~

Kebanyakan kes guru yang menjadikan pelajar sebagai mangsa ni memang banyak dikeluarkan dalam berita dan sedikit sebanyak dah mencalar ungkapan guru umpama lilin yang membakar diri mendidik & memberi ilmu kepada pelajar. Itu tak termasuk guru yang mengajar sambil lewa. Pada aku guru yang buat perkara tak elok tu memang patut dihukum. Masa depan orang jangan kita hancurkan.

Namun guru yang baik ada kedudukan istimewa di sisi agama. Setiap ilmu yang diajar memberi sejuta makna kepada pelajar. Penjelasan yang lebih banyak tentang darjat seorang guru boleh kite tengok dekat link ni:


Post aku ni berkenaan guru yang tak baik tapi jangan dilupakan jugak ada pelajar yang ambil kesempatan terhadap guru. Yang tu citer lain plak. Akan menyusul dalam post yang akan datang. Apa-apa pun guru yang baik perlu kita hormati. Setiap ilmu yang diberikan memberi manfaat sampai kite mati. Renung-renungkan ~

Thursday, February 10, 2011

:: nilai duit ::

Kotak fikiran aku hari ni adalah pasal nilai duit atau mat saleh kata the value of the money. Hee~ people always say that with money you can do almost everything but of course, some always say that money is not everything. Tepuk dada tanya selera. 

Apa itu duit? Aku duk cari pengertian duit dalam Wikipedia tapi lain plak yang keluar. Semua orang perlukan duit untuk hidup. Baik yang kaya mahupun yang miskin. Sape yang banyak duit dierlah yang kaya. Ada orang berjimat cermat dan ada yang boros. Pendapat aku, nilai duit pada seseorang terletak pada diri mereka sendiri. Ada setengah pulak tak sedar duit tak banyak tapi nak berbelanja lebih dari kemampuan. Kat tempat aku keje ni ada seorang Professor asal dari Pakistan but live in Malaysia for about 13 years if not mistaken and he got his 'Dato' title from the state of Kedah. His background is in Economics and he told me that Malaysian spends beyond what they can afford. Aku pun macam termasuk golongan tu tapi taklah boros sangat.

 Aku terfikir tentang tajuk post ni sebab semalam waktu balik keje aku pegi isi minyak motor. Aku isi minyak V-Power Racing di mana harga sekarang RM 2.70 per liter. I was then wondering why I use that Petrol when my pocket is empty? V-Power 97 is RM 2.50 and Ron 95 is RM 1.80 I guess. Sebenarnya memang aku isi V-Power 97 je selalu. Cara aku nilai macam ni ~ aku akan isi minyak bila meter minyak motor aku sampai tahap paling bawah. Aku akan isi RM 9 ikut harga sekarang ni. Motor 2 stroke aku tank 5.5 liter. Kalau isi Ron 95 aku dapat 2 hari perjalanan. Isi V-Power 97 pun 2 hari. Isi V-Power Racing pun sama. Jadi? Nilai dan jarak yang sama tapi minyak berbeza kualiti. Cara aku belanja ialah aku suka beli barang yang berkualiti skit walaupun mahal. Mahal pun ikut kemampuan pastu tengok barang ape nak beli. Tapi~ elakkan berhutang!!!

Walau macam mana pun kite berbelanja perlu kite ingat utk masa depan. Sentiasa buat simpanan duit. Macam aku ni~ sekadar Diploma holder korang pun faham2 jela rate gaji Diploma sekarang ni bape.Taklah mahal sangat. Setiap bulan kalau ada banyak benda aku nak beli takdela simpanan aku untuk bulan tu. Kalu jimat dapat la simpan 2 -3 ratus tapi tu pun tak tahan lama. Senang citer aku blom ada simpanan lagi. 

Dalam sibuk kite mengumpul duit jangan lupa dunia ni hanya sementara. Boros tu amalan syaitan. Bak lagu kumpulan Senario Boria Miskin Kaya ~ 'harta bukan boleh beli tiket masuk syurga'. Ape-ape pun kena balance. Kalau cari ilmu yang baik banyak-banyak itu takpe. Hehehe ~ tu la sedikit sebanyak tentang nilai duit pada aku. Sebarang komen amatlah dialukan ~

Wednesday, February 9, 2011

:: tips > untuk orang buncit ::

Salam kepada semua, 

Ahah! Aku nak share dengan hangpa semua especially yang perut agak-agak dah naik skit macam perut aku ni. Tapi perut aku masih ada harapan kata orang. Hehehe ~ aku dapat video ni daripada kawan aku melalui email. Video ni menunjukkan senaman nak dapatkan Six Pack Muscle kat bahagian perut. Ilustrated kartun punye. Bukan manusia betoi. Ce tengok video bawah ni.


Banyak lagi video macam ni dalam YouTube. Aku dah cuba praktikkan senaman ni dan hasilnye? Rileks dulu ~ hahaha ~ senaman ni perlukan komitmen setiap hari kalu nak cepat kempes perut. Jangan lupa buat senaman ni atas tempat lembut. Kalau atas lantai simen makin parah ada la. Makan pun kena jaga jugak. Kita orang Malaysia ni ramai yang 'pergi' sebab makan. Kalau boleh kurangkan makan nasi. Jangan la plak kurang makan nasi korang makan McDonald hari-hari. 1 pack kat perut tu memang sudah pasti kalau gitu. Kuang3~ Kalau tak berjaya jugak bak kata kawan aku ... amik marker pen tulis kat perut '6 pack' . Abis cerita ~ silalah mencuba ~~~ :D

:: MiloFuzeJamPack. FUN! ::

I wonder which of my friends would be the geek or the health fanatic but what I know is I need to log in to my FB to play #MiloFuzeJamPack. FUN!

Tuesday, February 8, 2011

:: pengembaraan tengkek feb 2011 ::

Cuti aku minggu lepas memang penuh dengan aktiviti. Lepas  aku balik dari Kuantan hari Ahad (30.1.2011) yang lepas aku keje esoknye pastu cuti Hari Wilayah pastu keje balik hari Rabu. Ha~ lepas tu bermula la pengembaraan aku ngan sahabat-sahabat ke Tengkek, kek Negeri Sembilan. Ala dekat Batu Kikir jalan nak pegi Kuala Pilah dan Bahau. Cuti Tahun Baru Cina mestilah dipenuhkan dengan aktiviti yang best. Pengembaraan ni selama 3 hari 1 malam. Spesifiknye 1 malam tu sebab kitaorg sampai pukul 1 pagi hari Khamis (3.2.2011) balik hari Jumaat (4.2.2011) lor~. Hehehe~ ahli-ahli bersekutu yang pegi ialah aku@Budi, Icuk@Yanto, Jailani@Jai dan Wahyu@Yayak. Sedap-sedap nama dorang. Perjalanan 125ZR merah dan LC135 putih takde side mirror bermula malam hari Rabu (2.2.2011) lebih kurang pukul 10.30 malam sebab~Icuk si darah manis kena la jumpa ‘matahir’ dulu. Manis sangat darah dier. Kitaorang ikut jalan Lebuhraya Lekas. Mak aih~ jalan dier memang gelap betol pehtu punyela panjang. Si Jai dengan Yayak nek LC,  aku ngan Icuk nek 125 la ~tapi kesian kat motor aku sebab boleh bawa 130 km/j sebab ... korang tanye la Icuk sendiri. Kali ni kitaorang tak lalu Bukit Putus sebab ada jalan baru yang lebih cepat cuma berangin skit malam-malam pastu bila nek bukit bertambah slow la motor aku. Kuang3 ~ sampai kat Batu Kikir jumpa la gerbang masuk ke Jeram Tengkek. Lopeh ampek kilometer ke dalam baru la aku nampak batu penanda Tengkek = 12 km ... Merasa la ko masuk ke dalam golap2 tu 16 km baru sampai Tengkek. Smpai je dah tentulah berhenti dekat ‘Asy Farm’ yakni umah si Asyraf@Acab. Borak2 dulu pehtu kitaorang pun tido ~
 
: Hari Pertama :
Planning sebelum tido malam tadi nak bangun awal pukul  7 pagi ni tapi gamaknye ntah pukul berapa bangun aku pun tak ingat. Aktiviti pertama pagi ni ialah ... Gosok gigi pehtu basuh muka dulu ... Lepas tu barulah kitaorang pergi menangkap itik hitam. Acab panggil itik telo sebab telo itik daripada baka itik tu la. Kitaorang pun tak paham tapi memang nak tangkap untuk makan~ huahuahua ~ memang seronok la tangkap itik tu. Jai tangkap itik sampai terlanggar pokok. Nasib baik pokok sama saiz dengan dier kalau tak masak la kitaorang. Yayak tak mo tangkap itik sebab lebih kurang sama kale ngan dier. Hahaha ~ dapat la tangkap 6 ekor walaupun tak besor mana. Lepas tangkap itik baru pegi sarapan. Penat beb kejor itik. Sarapan pagi ... Jai makan 3 roti canai telo. Icuk makan 2 bungkuih nasi lemak dengan 2 roti canai. Yayak nasi lemak 2 bungkuih. Aku ngan Acab nasi lemak 1, roti canai 1 tapi aku roti telo la. Sape lagi gemok? Lu pikir la sendiri ... Hee ~ Lepas je sarapan kitaorang pegi menoreh getah. Pegi menoreh naik jip Acab. Jip tu Yayak kata nombor plat dier tulis sendiri. Hahahaha ~ ntah mana nombor la Acab guna. Banyak rintangan dan cabaran waktu menoreh sebab naik bukit jalan kaki baru jumpa pokoknye.  Kesian kat Icuk ... huhuhu ~ Tengah syok menoreh ada pulak makcik tuo menegur ... mau tak terkejut beruk nasib baik Acab ensem ... Hihihi ~ Lepas menoreh kitaorang pegi la Jeram Tengkek. Syok tu mandi jeram siap beli air aiskrim soda singgit. Mandi semua pakai baju ~ maklumlah semua pemalu ~ kuang3 ~~~ Balik dari jeram ape lagi semua ‘membuta’ la smpai Zohor baru bangun, makan dan aktiviti menyalai itik yang telah siap disembelih dan dicabut bulu pun bermula. Abis terbakor itik tu macam Yayak bak kata Icuk. Hahaha ~ Lepas menyalai kitaorang pegi membeli barang-barang untuk BBQ ... wuhooo ~ tapi lepas beli barang kitaorang pegi menolong makcik si Acab mengecat umah sekejap. Malam tu bermula la aktiviti BBQ kitaorang. Mula-mula ingatkan nak BBQ kat jeram tapi keadaan tidak mengizinkan sebab dah lewat. Icuk jadi chef nak peram ayam. Aku potong sayur-sayur nak buat salad. Selebihnye buat bara untuk bakar ayam. Bukan ayam je kitaorang BBQ tapi frankfurter ngan chicken ball pun ada jugak. Kenyang jugak malam tu tapi tak happy sangat la sebab Jai senyap je waktu BBQ tu. Heee ~ Lepas makan??? Tido lerr ~
 
: Hari Kedua :
Hari kedua ni pun sama je sebab planning malam sebelumnye nak bangun awal. Jai kata nak cuci motor tapi sampai balik minyak hitam kat rantai pun dier lupa nak letak. So pagi ni bangun dalam pukul  8 lebih kalau tak silap pastu pegi sarapan kat kedai yang lain plak. Kali ni makan tak banyak. Ala 16 biji kuih je untuk 5 orang ok la tu kan ~  :P ... Lepas sarapan kitaorang tolong bapak Acab amik kayu api. 1st time aku bawak jip si Acab. Jai pun bawak. Yayak pun bawak. Icuk je yang tak bawak. Icuk takut bawak main race plak kot. Si Jai aku nampak kepala je ~ Hahaha~ Amik kayu besor-besor bukan siap potong punye. Jai kasi petua baca Basmalah waktu nak turunkan kayu dari jip. Sempat la jugak lepas amik kayu tu kitaorang ‘bergurau senda’ dengan angsa-angsa belaan Asy Farm. Kalau korang tengok gambar punye la mesra dengan angsa tu tapi lepas tangkap je gambar semua bersepah lari. Haram ~ aku jugak yang kena gigit  ... Aktiviti seterusnya ~ Off Road Challenge la ~ best woooo nek jip nek bukit tinggi. Sebijik macam 4WD Challenge la. Jip tu pun memang 4WD. Tengok la gambar best ke tidak. Video kat bawah ni. Kalau internet laju cepat skit loadingnye.


 
Memang kenangan la kata orang. Lepas kat bukit tu kitaorang ke ladang lain plak main 4WD tu. Pastu baru la balik ke umah. Masing-masing tido kepenatan. Lebihan BBQ semalam sempat dihabiskan. Hidang je makanan semua celik terus, pas makan lelap balik. Tak senonoh betul. Hehehe ~  Lepas waktu solat Jumaat masing-masing bersiap nak balik. Sedey je semua nak balik. Cian kat Acab. Sob3 ... Bertolak lebih kurang pukul 4 petang dan sampai KL dalam pukul 6 petang. Kali ni balik cepat skit sebab motor aku bleh cecah 140-150 km/j plak. Baguih la tu. 'Busut' dah ringan. :P ~ Sampai Gombak minum Lai Chi Kang ngan ABC dulu baru balik. Alhamdulillah selamat sampai. 'Kisah pengembaraan ke Tengkek.' Harap-harap lepas ni kitaorang ke sana lagi tapi bawak lagi ramai. Untuk orang bujang saje~~~ Hohoho ~ Sape-sape nak beli ayam, telo ayam kampong, itik, angsa ke boleh la contact aku nanti aku boleh order dengan si Acab. Tamat ~

Monday, February 7, 2011

:: cindai song in mandarin ::

Post kali ni aku nak share pasal lagu Cindai yang dinyanyikan oleh penyanyi nombor 1 Malaysia yakni Dato’ Siti Nurhaliza. Aku ingat lagi waktu lagu ni tahun 1997 memang popular. Waktu aku tengah panjat pokok rambutan depan umah lama pun aku menyanyi lagu ni sebab jiran bukak lagu ni punyela kuat. Hahaha ~ :D ~ Kalau tak silap aku pagi hari Rabu (2.2.2011) yang lepas aku dengar Hot Fm-Am Crew berceloteh. Tu yang tau pasal benda ni. Lagu Cindai dalam versi Bahasa Cina. Ha~ Menarik jugak bila dengar lagu tu dalam Mandarin. Cuba tengok link ni kalau nak tahu details pasal lagu ni:




Link tu tentang semua maklumat pasal lagu Cindai ni.  Dengarkan video lagu tu kat bawah ni:



Versi bahasa Cina lagu Cindai ni dinyanyikan oleh Chien Bai Hui, seorang penyanyi yang memang berasal dari China. Setengah daripada lirik asal tidak diubah kepada bahasa Mandarin sebab Bai Hui kata lirik asal itu indah dan cantik. Apepun tahniah sebab lagu ni memang popular. Inul Daratista pun ada menyanyikan lagu ni. Hehehehe ~ Kalau ada sesape yang tau lagu-lagu Malaysia ni 'ditranslatekan' ke bahasa lain boleh la share. Kalu lagu tu official lagi bagus. Thanks ~

Saturday, February 5, 2011

:: resign letter ::

Surat perletakan jawatan. Sesiapa yang pernah berhenti keje mestilah tau apa surat tu. Aku pun penah berhenti keje dan buat surat letak jawatan. Anyway, this time I’d like to share a picture of resigning letter. I got it from my friend’s wall in Facebook. It’s really funny guys and it has something to do with bloggers. See below. Hahahahahahahahahahahaha ~ :D





























Seingat aku waktu menolong orang lain buat surat letak jawatan biasanya orang mintak gaji bulan tersebut dibayor dan mintak majikan jangan lupa bayor komisen tapi yang ni memang lucu. Ada banyak lagi yang menarik kalu korang nak tengok dan ada jugak bloggers yang post kan pasal creative and funny resign letter. Google je mesti jumpa. Salah satu tengok kat link ni http://trendsupdates.com/neil-berretts-resignation-letter-on-cake-most-creative-of-the-year/. Siap guna kek tapi memang keje dier pun. Hehehe ~ Mai la share kalau ada lagi yang menarik. Adios ~

:: hadiah dari Kuantan ::

Pada hujung minggu yang lepas aku pergi Kuantan, Pahang jalan-jalan seorang. Kira dah lama jugak aku tak travel sorang nek bas. Seronok jugak berjalan kat Kuantan tu. Sebenarnya aku pergi sana nak 'Spend time' dengan ~ teman tapi mesra la kata orang. Hehehe ~ kalu pegi sorang mana la nak tau arah dituju. Sebelum aku share pasal hadiah tu aku nak share skit pasai Kuantan ni. Kot la bleh jadi travel guide untuk korang. Memandangkan aku duk KL, aku nek bas dari stesen Pekeliling. Kalu tau nek train Monorail cari stesen Titiwangsa sampai la korang. Aku beli tiket bas Bulan Restu. Ok jugak bas tu benti pun sekejap je. Aku travel ke sana 3 hari 2 malam. Aku bertolak hari Jumaat (28.1.2011) pukul 11.00 pagi. Musafir la jadinye~ Sampai kat Kuantan dalam pukul 2.00-2.30 petang. Pastu si dia amik la nek kete. Aku menginap kat Hotel Bumimas, Jalan Bukit Ubi. Cuba click link ni: 


Harga bilik boleh tahan murah. Standard room (RM58) ada 1 single bed dan Supreme (RM64) ada 1 Queen size bed. Saiz bilik boleh tahan and facilities semua cun termasuk TV. Yang best tu sebab Wifi free. Malam hari pertama aku dinner kat Sara Thai Kitchen. Sedap dan harga berpatutan. Hari kedua berjalan-jalan tengok wayang citer Khurafat dan malamnye berjalan la kejap ke Teluk Cempedak. Ramai orang kat situ tapi hujan jadi kelam kabut skit. Heee~ Pada malam hari kedua tu la aku dapat hadiah dari si dia. Nak tau ape? Mini Puzzle bought from Toys r Us. See the pictures. It’s not a jigsaw puzzle. We can call it as a Cube Puzzle. Click this link to see types of puzzle in Wikipedia:
 
http://en.wikipedia.org/wiki/Puzzle

Seronok jugak sebab 1st time dapat puzzle. Aku ni suka jigsaw puzzle tapi tak penah nak buat pun. Hahaha~ Lagi satu untuk pengetahuan korang aku penah bekerja di Toys r Us. Aku amik masa dalam seminggu jugak la nak settlekan puzzle tu dan hari ini aku berjaya!!! ... Begitulah ceritanya hadiah dari Kuantan. Suka betol aku dengan hadiah tu. Maklumlah~ bukan selalu aku dapat hadiah ~hehehe ~ Kepada si pemberi hadiah...Thank you so much!. Insyaallah next time pegi Kuantan lagi. Bila? Tunggu~
Mini Puzzle
Unboxing




                 
97% - Siap dah
80% - Selepas seminggu




Wednesday, February 2, 2011

:: agama & kehidupan ::

Salam,

Setiap manusia di muka bumi ini mempunyai pegangan agama masing-masing. Aku sebagai seorang Islam sudah tentu percaya dengan agama Islam sebagai pegangan hidup.  Dalam kehidupan kita seharian sudah tentu berlandaskan ajaran agama kita. Mana yang wajib jangan ditinggalkan dan mana yang sunat lakukan banyok-banyok skit bior jadi bekalan kot la timbang nanti tak cukup berat pahala. Setiap apa yang kita lakukan mesti sentiasa ingat Tuhan supaya kita tidak lupa dan tidak melakukan sebarang perkara yang tidak baik. Apa setiap perkara tu? Semua skali la ~ bangun tido, berjalan, bercakap, makan, mandi, bekerja, melihat dan sebagainya. Seandainya kita melakukan dosa, cepat-cepatlah bertaubat semoga diampunkan dosa. Aku nak kongsi pengalaman aku pertama kali seumur hidup menjadi saksi officemate aku menjadi saudara baru. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan mudah je. Officemate aku baru convert to Islam bulan lepas di Jabatan Agama Islam kat KL. Sebelum officemate aku mengucap Syahadah, ada sesi penerangan tentang agama Islam oleh pegawai yang bertugas. Ada juga ilmu baru yang aku dapat waktu sesi tu tentang agama. Perbezaan antara agama dan kepercayaan. Ha~ secara ringkasnya agama Islam adalah agama yang Allah iktiraf. Sebelum Islam agama Kristian tapi Allah dah iktiraf Islam sebagai agama penutup yang perlu diikut. Kepercayaan adalah agama bukan dari Allah contohnya seperti Buddha, Hindu dan sebagainya. Untuk ketahui lebih jelas daripada ringkasan tu sila lawati link berikut:


Content dalam bahasa Indonesia tapi InsyaAllah boleh faham kalau dibaca. Serumpun la katakan ~ Secara kesimpulannya, kita perlu ingat dalam kehidupan kita ini mesti ikut ajaran agama. Hidup kita di dunia ini hanya satu persinggahan dan masa yang ada sekarang amat pendek. Hidup yang kekal adalah di alam akhirat kelak. Aku pun masih cetek terutama dalam ilmu agama ni. Mari kita sama-sama menuntut dan berkongsi ilmu yang baik dan berdoa semoga Allah  memberkati kehidupan kita dan ditempatkan di dalam Syurga kelak. Amin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...