Pages

Saturday, March 12, 2011

:: pengalaman kali pertamaku ~ syok habis !!! ::

Salam, 

Pengalaman kali pertamaku? Mungkin ada yang tak percaya  tapi semalam kali pertama dalam seumur hidup aku setakat ni aku naik kapal terbang! Wuhoooo !!! Bukan kali pertama yang tu ye ~ memang seronok betul  ... Alhamdulillah dapat jugak aku peluang naik kapal terbang ... sekarang ni aku kat Kuching, Sarawak sebab ada Study Malaysia Education Fair pukul 10 pagi ni kat Permata Exhibition Hall Kuching. Macam biasa la aku pergi under Asia E Unversity tempat aku bekerja. 

Tak banyak nak diceritakan pun pasal pengalaman pertama aku ni. Sempat jugak aku rakam video mula-mula nak naik terbang tu dengan mendarat tapi video tu nanti aku upload bila aku balik KL sebab sekarang ni internet dier slow kalau nk uploading ni. Tapi boleh la tengok gambar-gambar yang ada ni dulu ~ 

Tiket Kapal Terbang pertama dalam hidupku
Kapal Terbang pertama yang aku naik . Flight no AK5208
Boarding Area
Pemandangan dari atas bila nak mendarat di Kuching
Pemandangan dari atas kat Kuching jugak

Makan tengahari dalam kapal terbang
Inilah ruang Study Malaysia Edu Fair tu ~

Al-kisahnya flight aku pukul 12.55pm, Jumaat, 11 Mac 2011 dan selamat mendarat kat Airport Kuching lebih kurang pukul 3.00pm hari yang sama la. Kat sini ada partner amik aku hantor pegi hotel. Aku menginap kat Hotel Harbour View. Dekat je dengan Airport. Kuching ni takdela besar mana rupanya. Lepas check-in hotel terus pegi tempat exhibition untuk register ngan amik tag. Lepas tu pasang bunting pastu pegi makan sebab aku lapor~ dalam flight aku dah memang lapar sebab makan roti je pagi ~aku makan Cheesy Pizza, air mineral ngan Snickers ... harga semua RM 15. In-flight la katakan ~ 

Pada malam hari plak lepas Isyak aku pun berjalan la sendiri cari makan. Ala kat depan hotel ni jer ... Waterfront la beb ~ hehehe ~ sambil-sambil tu tengok-tengok jugak cenderamata nak beli bawak balik. Aku sempat bergambor ngan orang yang main gitar Sarawak tu . Sebelum singgah kedai makan aku ke 7- Eleven dulu beli top-up kredit aku. Masa jalan tu yang best tu ~ ada brother ni kata ... ' Bang gambir bang? ' Dengan senyum riang aku berlalu begitu saja. Maklumla aku kan bujang ~ hehehe ~ 

Laksa Sarawak dan air teh panas = RM 9
rudyson7 dan kawan baru !
Waterfront Kuching di waktu malam
Santai lepas makan
Meow ~


Perut pun dah lapar ... apa lagi pegi makan la. Aku makan dekat ZE Kiosk nama kedai tu. Kalau dah kat Sarawak tu aku pun pekena la Laksa Sarawak. Rasa dier macam mihun kari. Hee ~ Aku minum dengan air teh Bon-tea. Harga set makan tu RM 9 je. Lepas makan aku berjalan lagi cari tugu kucing. Dapat la snap gambar tapi kesian sebab takleh nak tangkap gambar sendiri . Hoohoho .... Lepas tu balik bilik baru la aku taip post ni ... sampai sini dulu ~ besok aku sambung InsyaAllah ... 


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...