Monday, March 7, 2011

:: panduan jalan ke LCCT - KLIA ::

Salam,

Mungkin ada antara kita yang dah selalu pegi LCCT KLIA. Mungkin ada yang selalu pegi naik kereta ataupun teksi. Mungkin ada yang selalu pegi naik train dan mungkin ada yang selalu naik bas. Tapi~ mungkin ada jugak yang belum pernah ke LCCT tapi nak pegi ke sana.

Ha~ dalam post kali ni aku nak share skit panduan ke LCCT secara umum. Ini pun sebab aku baru 2 kali pegi naik bas ke sana. Naik kete sekali. Hehehe ~ Apa tu LCCT? Ia adalah singkatan dari perkataan Low Cost Carrier Terminal kat KL International Airport, Sepang. Panduan ni untuk sape-sape nak pegi dari KL sampai ke KL Sentral pastu naik bas ke sana. Panduan naik transport awam la katakan.

Mula-mula kalau sesiapa yang tau naik train Rapid KL route Kelana Jaya (dulu dikenali sebagai Putra LRT) kena berhenti dekat stesen KL Sentral. Kalau naik KTM pun kena berhenti dekat stesen KL Sentral. Dari stesen KL Sentral korang kena naik bas ke LCCT. Stesen bas tu terletak di bahagian bawah KL Sentral. Kena jalan keluar pergi dekat pintu masuk yang ada kaunter aiskrim McDonald. Kena turun tangga ke bawah.

Ada 2 perkhidmatan bas untuk ke LCCT. Satu ialah Aerobus yang berwarna kuning dan satu lagi SkyBus yang berwarna merah. Aku pernah naik dua-dua bas tu dan aku sarankan korang naik SkyBus. Interior SkyBus cantik dan bersih sikit. Harga tiket untuk satu perjalanan sehala ialah RM 8.00 untuk Aerobus dan SkyBus RM 9.00. SkyBus mahal seringgit je. Kalau korang nak tau waktu perjalanan SkyBus korang boleh tengok gambar kat bawah ni. Hampir setiap setengah jam akan ada satu bas.

SkyBus
AeroBus

Jadual Perjalanan SkyBus
Interior SkyBus
Tiket SkyBus
Tiket AeroBus

Perjalanan dari KL Sentral ke LCCT ambil masa lebih kurang 45 minit hingga satu jam. Pandai-pandai la nak set waktu. Lepas tu? sampai la kat LCCT. Mudah je. Perjalanan balik sama je sebab korang kena naik bas dekat tempat korang diturunkan. Semoga post ni dapat jadi panduan untuk semua. ~

9 comments:

  1. tq ..
    memang membantu ..

    ReplyDelete
  2. dari tbs nak ke lcct tau tak?

    ReplyDelete
  3. terima kasih bro..tgh2 cari camne nk pegi lcct ngan public transport..xde org tolong hantar..padehal kite slalu je tolong hantar org gi lcct tu.. wuwuwu~~

    ReplyDelete
  4. Tq sgt membantu... 1st time naik public transport.

    ReplyDelete
  5. Saya kena selalu berulang Alor Setar-KL. Selalu berulang naik bas dan rasa penat. Jadi bertukar kepada kapal terbang. Terima kasih. Info yang sangat membantu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...