Pages

Friday, March 18, 2011

:: mensyukuri nikmat air ::

Salam,

Alhamdulillah di hari Jumaat yang mulia ni kita masih diberi peluang oleh Allah untuk dapat terus hidup dan menghirup udara di bumi ini. InsyaAllah untuk minggu-minggu yang akan datang aku ingin berkongsi isi kandungan khutbah Jumaat melalui blog ini semoga ia dapat memberi ilmu dan kita dapat sama-sama belajar untuk aplikasikan dalam kehidupan kita seharian.

Seperti biasa aku solat Jumaat kat Masjid Negara memandangkan dekat ngan tempat kerja. Aku biasa jalan kaki je ke sana. Tajuk khutbah minggu ni 'Air Khazanah Allah yang Tidak Ternilai' . Air sesuatu yang penting untuk semua kehidupan ciptaan Allah. Termaktub juga di dalam Al-Quran bahawa setiap makhluk yang hidup bergantung kepada air.

Lihat balik kepada aktiviti harian kita pada hari ini kita menggunakan air untuk mandi, wuduk,  membasuh, memasak, minuman dan sebagainya termasuk untuk kegunaan industri dan perubatan. Kita bersyukur sebab Malaysia amat bertuah bukan saja kerana terlindung dari Lingkaran Api Pasifik yang menyebabkan gempa bumi tapi juga iklim Khatulistiwa memberikan kelebihan sumber air serta hujan yang banyak.

Walaubagaimanapun hari ini kita lihat akibat daripada sikap negatif manusia dan kemajuan sains dan teknologi yang kurang terkawal menyebabkan bencana seperti banjir besar, gempa bumi serta keadaan cuaca yang tak menentu. Kebanyakan sumber air seperti sungai, hutan rimba dan gunung-ganang dah banyak yang tercemar. Walaupun sumber air tak pupus tapi kita bimbang air yang selamat digunakan semakin berkurangan.

Untuk pengetahuan semua kita akan menyambut Hari Air Sedunia pada hari Selasa, 22 Mac 2011. Boleh lawati laman web ni untuk tahu lebih lanjut : http://www.worldwaterday.org/

Ingatlah bahawa tidak mustahil Allah menarik balik nikmat yang telah diberikan kepada kita jika tidak menjaga dan menghargai nikmat itu dengan baik. Jom kita mulakan dengan menjaga kebersihan sungai kita dan juga berjimat-cermat dalam penggunaan air. Akhir kata semoga Allah terus memberikan nikmat yang baik kepada kita dan hidup diberkati dunia dan akhirat. 


*Sumber utama kandungan post ini adalah berdasarkan dari teks Khutbah Jumaat Masjid Negara bertarikh 18 March 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...