Pages

Saturday, April 30, 2011

hati-hati dengan 'aircond' kereta

Assalamualaikum,

Sedang aku cek email pagi ni aku terbaca satu email dari salah seorang Dr yang mengajar kat tempat keje aku ni. Satu fakta yang aku nak kongsikan dengan semua. Harap boleh jadi panduan. Tapi kalau salah minta maaf ye ~ hehehe ~ and its in English ... bila lagi nak 'mantapkan' bahasa Inggeris kita kan ... check it out ...

No wonder more folks are dying from cancer than ever before. We wonder where this stuff comes from but here is an example that explains a lot of the cancer causing incidents. Hmmm. Many people are in their cars first thing in the morning and the last thing at night, 7 days a week. As I read this, it makes me feel guilty and ill.  Please pass this on to as many people as possible. Guess its not too late to make some changes

Car A/C (Air Conditioning)
MUST READ!!!
Please do NOT turn on A/C as soon as you enter the car
.




Open the  windows after you enter your car and turn ON the AC after a couple of minutes.


Here's why
:

According to a research, the car dashboard, sofa, air freshener emit Benzene, a Cancer causing toxin(carcinogen - take time to observe the smell of heated plastic in your car).


In addition to causing cancer, Benzene poisons your bones, causes anemia and reduces white blood cells.


Prolonged exposure will cause Leukemia, increasing the risk of cancer.

Can also cause miscarriage.


Acceptable Benzene level indoors is 50mg per sq.ft.
A car parked indoors with windows closed will contain 400-800 mg of Benzene.

If parked outdoors under the sun at a temperature above 60 degrees F, the Benzene level goes up to 2000-4000 mg, 40 times the acceptable level.


People who get into the car, keeping windows closed will inevitably inhale, in quick succession, excessive amounts of the toxin.


Benzene is a toxin that affects your kidney and liver... What's worse, it is extremely difficult for your body to expel this toxic stuff.


So friends, please open the windows and door of your car - give time for interior to air out -dispel the deadly stuff - before you enter.

Thought
:


'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.' 



Kalau rasa nak share dengan orang lain sila la blog semula . Sekian ...

Thursday, April 28, 2011

taman tema upin dan ipin ~ mesti best!

Assalamualaikum,




Tak sempat nak update malam semalam tapi nak jugak aku cerita. hehehe ~ ... tengah kekenyangan lepas makan aku tengok Buletin Utama ada cerita pasal taman tema Upin & Ipin. Excited aku dengor beritanya ...

Les' Copaque Productions (LCP) merancang untuk membina sebuah taman tema kat Malaysia ni yang berkonsepkan Upin & Ipin. Nak buat ala-ala Disneyland tu ~ mesti gempak punye ... kos yang dianggarkan dalam RM 200, 000, 000.00 ~Ada khabar angin kata nak buat kat Perak . Betul ke? Ce baca kat SINI

Akhbar Utusan Malaysia hari ni menyebut konsep Upin & Ipin sesuai buat taman tema sebab dorang ada konsep lanun, kampung, futuristik dan sebagainya. Tu yang Boboi Boy punya production pun ok gak tu kalau nak join je skali ~ ngeh ngeh ngeh ~

Sejak Upin & Ipin disiarkan memang syok tengok cerita tu walaupun 5-7 minit je. Bila keluar movie on the spot aku pegi tengok. Latest movie yang akan keluar adalah Upin & Ipin: Angkasa. Tak sabar nak tunggu ni ...Pasni adalah kelainan sikit . Asyik taman tema genting ngan taman tema air jer ... nak pegi Disneyland tak mampu. Hehehe ~

Baca berita lanjut kat SINI .

*Sumber utama adalah dari Utusan Malaysia Online

Wednesday, April 27, 2011

goodluck! untuk mereka semua ...

Assalamualaikum,

Di sini dengan segala hormatnya ... ok chop! ... macam baca ucapan atas pentas la pulak . hehehe .. Ok memandangkan sekarang ni tengah musim untuk budak-budak Universiti ngan Politeknik ke Kolej mana-mana ke tengah prepare nak EXAM ... aku nak buat special wishes untuk dorang.




GOODLUCK IN YOUR EXAMS TO EVERYONE !!! STUDY SMART ... KALAU TAK TAU NAK JAWAB KORANG 'GORENG' JE LA ...

Ucapan ni terutama sekali untuk adik aku yang kat Politeknik (tapi aku rasa dier balik hari ni sebab dah habis paper), untuk student UITM Dungun (bila masa aku budak UITM?) ... Kak Ngah di UM (ni kak ngah orang lain punye) , kawan2 yang sambung study dari Politeknik Shah Alam dulu dan semua bloggers2 sekalian !

Aku takde tips untuk korang tapi nasihat aku JANGAN study sampai Subuh ke apa sebab otak kita pun perlukan rehat yang cukup. Jangan lupa doa kepada Allah mintak semua berjalan lancar ... amin ~

Dengor2 pasni budak Universiti cuti sampai bulan September ... Aku bukan budak U tapi aku tau la ~ perghhh ... itulah musim yang bagus untuk korang cari duit lebih buat keje part time. Bukan musim 'mengawan' ye! Mana2 bloggers tu korang update la blog korang sampai kalah Ben Ashaari ... hahaha ~ gurau je Ben yer ~

Selamat 'menggoreng' semua ~

Tuesday, April 26, 2011

menu 'lunch' aku hari ni ... seeeedappppp

Assalamualaikum,

Jangan salah sangka ye sebab ini bukan blog masakan macam blog sifu Mat Gebu. Hehehe  ~ tapi aku semangat nak share ngan korang menu makan tengahari aku tadi. Rasa macam nostalgia la plak ~ hahaha ... Mak aku orang Minang keturunannya. Minang Bukit Tinggi ... wah ... lidah aku dari kecik pun selalu lah makan masakan Minang~

Tengahari tadi kebetulan aku pegi Bank kat area KL so alang-alang aku singgah la ke Kampung Baru. Kat sini ada satu kedai Masakan Minang Asli kat selekoh belah belakang. Sorry la aku tak sempat nak snap gambar lokasi. Lain kali aku amik. Entah kenapa dulu kecik-kecik memang selalu beli kat sini. Dah besor-besor ni aku ingat lokasi je. Hehehe ...

Taraaaaa !!! tengok gambar bawah ni. Ni la menu kegemaran aku ...




Dulu selalu aku suka makan usus lembu atau perut kat kedai tu. Menu kat atas tu terdiri dari nasi, bergedel, pucuk ubi rebus, tempe, dendeng (yang daging hitam tu) ngan tunjang. Tunjang tu yang kuning tu bahagian urat kat kaki lembu. Kitaorang sebut 'tunjang'. Maksudnya korang cari la sendiri.

Raya Haji tahun lepas aku dapat bahagian kaki lembu. Nenek aku la tunjuk cane nak amik bahagian tunjang tu. Proses susah wooo ~ kena bakar dulu kaki lembu pastu kena potong punya la liat. Hehe ~ senang citer beli je kedai. Hahaha ~

Ha ... harga makanan aku tu RM 9 jer ~ xtau la mahal ke tidak. Kalau dah mengidam tu aku beli je. Hehehe .. pakai daun pisang buat lagi sedap. Hari-hari bungkus pakai polystyrene pun tak bagus jugak. Kepada sesape yang suka masakan Minang boleh la cuba cari tempat tu ~ :D

takziah untuk mereka dan keluarga ~

Assalamualaikum,

Bercampur baur perasaan aku sekarang ni. Sedih, pilu dan insaf tatkala 2-3 hari ni aku terima berita perginya insan-insan tersayang rakan-rakan dan jiran aku.

Hari Ahad yang lepas bapa kepada boss kecik aku telah menghembuskan nafas terakhir. Arwah Pakcik Hanafiah Arifin. Arwah meninggal sebab sakit kanser paru-paru. Masa arwah masih di Hospital KL sempat jugak aku melawat. Arwah selamat dikebumikan di kampung halaman di Kedah pada hari yang sama. Kalu nak tengok kisahnya boleh klik sini tengok blog boss aku tu ~

Dalam pada masa yang sama atuk kepada rakan blogger aku si KIC pun telah meninggal dunia semalam. Sedih jugak tak sempat nak melawat tapi alhamdulillah KIC kata semua dah selesai dan arwah dah selamat dikebumikan. KIC postkan entry tu dalam blog dier. Boleh la singgah blog dier ... klik je KIC ni ..

Sedang aku belek2 FB semalam aku terbaca status seorang kawan aku di UIA, Dr Hanafi Ani menyatakan ibunya baru sahaja meninggal dunia. Hanya ucapan takziah yang sempat aku ucapkan.

Dan pagi hari ini Surau kat umah aku umumkan seorang pemuda yakni jiran sekampung meninggal dunia akibat kemalangan malam tadi kalau tak silap. Umurnya baru masuk 20-an tapi aku tak berapa kenal. Pagi tadi tak sempat nak melawat.

Baru sekejap ni pulak bila baca blog Ady Budika ada satu entry tentang perginya bapa kepada Ally Iskandar. Takziah kepada Ally Iskandar.

Takziah daripada aku untuk mereka di atas dan sekeluarga. Semoga mereka yang telah pergi meninggalkan kita ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Jom kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah semoga roh mereka dicucuri rahmat ~

Thursday, April 21, 2011

hiburan malam ini ~

Assalamualaikum,

Tengah mengantuk ya amat ~ huargghhh ... sebelum tido jom layan muzik video ni. Originally recorded at Waterfront Sarawak ! masa aku ikut event Study Malaysia 2011. ~



Kepada pemuzik-pemuzik otai yang lain ... boleh challenge ke? Datang jak Sarawak!


p/s: Video tak bape clear sebab guna iPhone 3GS jer ... yang penting layannn ~

iklan terlebih pun tak boleh jugak ~

Assalamualaikum,

Sedang aku duduk tengok Buletin Utama kat TV3 tadi ada satu berita yang menarik perhatian aku. Tajuk berita: Siar iklan Astro ditegur. Wah ~ apa yang hangat tu? Bukanlah berita hangat pun cuma masuk juga laporan begini kan ~

Aku ni tak pernah pun melanggan Astro tapi tau la sikit-sikit pasal Channel2 dalam Astro. Isu berita tu sebenarnya pasal pihak Astro yang siarkan banyak iklan. Berita ni pasal Dewan Negara yang menegur Astro untuk kurangkan iklan kalau tak silap. Entry ni is not official so kalau silap fakta tolonglah betulkan ye ~ hehehehe~



Salah seorang Ahli Dewan Negara dalam berita tu menyatakan bahawa sudahlah setiap bulan Astro dapat bayaran tetap dari pelanggan, ditambah lagi dengan bayaran dari mana2 syarikat yang nak guna khidmat Astro untuk siarkan iklan dorang. Bila dah terlalu banyak jadi tak adil kepada pelanggan. ~

Pakej paling murah dalam Astro lebih kurang RM 37 atau ikut siaran mana yang dilanggan. Tahun lepas saja Astro untung RM 2.7 billion dari 3 juta pelanggan dan dijangka meningkat tahun ni. Banyak jugak tu kan ~ hehehe ... pendapat aku pihak Astro kena la balance kan ~ aku pun tak tau mana siaran yang banyak iklan.

Tapi kalau memang banyak sangat iklan mesti semua orang boring je nak tunggu lama2. Cuma setahu aku siaran Astro ni memanjang je takde iklan sangat pun. Ntoh ler kan ~ nanti la aku langgan dulu baru aku komen lebey2 .. hihihi ~ tamat ...


p/s: Sumber dari Buletin Utama TV3 bertarikh 21 April 2011.

waktu sesuai untuk promote blog

Assalamualaikum,



Uhuk3! ... Batuk la pulak ~ hehehe ... maaf ye kawan2 sebab kurang sihat sikit. Tak biasa minum air sejuk sekali minum terus selesema. Korang sihat ke? bagusss ... kali ni nak share ngan korang semua waktu sesuai nak promote blog korang.

Setelah 3 bulan menjadi blogger ni aku perasan waktu-waktu yang sesuai untuk korang mempromosikan blog korang. Ini untuk sape2 yang ada blog la. Yang takde blog tu boleh la note dulu. Mana la tau korang pun nak buat blog jugak nanti kan ? Bila waktunya ? Lepas makan ke lepas kuliah ke lepas lepas? Hahahaha ~

Aku rasa paling sesuai waktu MALAM. Betul ke? Rata-rata aku tengok ramai jugak antara blogger masa kini semua masih belajar. Kalau dah nama pun pelajar sudah pasti habis waktu kuliah adalah masa untuk update dan baca blog ... mana yang jenis kelawor tu tengah malam adalah waktu dier aktif! Waktu ni lah semua blogger2 mencari cerita2 yang menarik dan promote blog masing2. Waktu ni la ramai pembaca!

Tapi korang tau ke nak promote kat mana??? ha ... ikut pengalaman aku tempat paling terbaik nak promote blog korang adalah di FACEBOOK lah ~ mana lagi kan? 

Kalau nak buat entry baru tu aku rasa takde masalah bila2 masa pun yang korang free. Blogger2 otai ada yang update pagi sampai ke malam dan ada yang malam sampai ke pagi baru updated blog dorang sebab kena kumpul bahan dulu. Masa ramai pembaca lah kita boleh amik peluang untuk promosi blog kita. At least dorang mesti singgah blog kita ~ InsyaAllah ...

So apa lagi ? Kan dah malam ni ... Tapi jangan lupa selesaikan kewajipan yang 5 waktu dulu. Hehehe ~ Selamat mencuba ... *errrr ,,macam resipi plak ...

Wednesday, April 20, 2011

follow me and I follow you back~

Assalamualaikum,

Follow me and I will follow you back ... macam pernah dengor je kan ayat tu? Tapi kat mana ek? Heee~ sape2 yang blogger baru tu mesti ada yang guna ayat macam tu kan kan kan? Aku ni pun kategori blogger baru la jugak ~ aku nak komen sikit pasal ayat tu ...

Sebelum tu aku nak citer masa mula2 blog aku ni tercipta rajin la jugak aku tengok FB Kelab Blogger ngan Sahabat Blogger ... ada kisah pasal ayat ni sampai gaduh2 dalam FB tuh ! Katanya ayat tu trick lama la ... dah basi la ... macam2 ... pelik ..pelik..pelik ~

Pendapat aku berbeza sikit sebab takde masalah kalau nak suh orang lain follow blog kita ONLY WHEN THEY FOLLOW US tapi ... cuba korang fikir tujuan sebenar kita buat blog ni . dah tentu macam2 tujuan ada kan .. mostly nak share tentang diri sendiri dan dunia masa kini ... bukan sebab nak ramai follower ~ errr ... yeke camtu?

Bila kite mintak orang follow blog kita pastu baru kita follow blog dorang macam tak best la plak ... sebab kalau orang tu follow blog kite dah tentu dorang follow sebab dorang nak kita follow blog dorang balik ... follow memfollow BUKAN sebab BLOG KITA BEST ! betul tak? Akhirnya follower punya ramai tapi takde sorang pun follower tu baca blog kita ... hahaha ~ :D

Kesimpulan yang aku nak cakap kat sini ialah biorlah orang follow blog kita kerana tulisan kita. Kerana nukilan kita sendiri. Kalau blog kita best mesti ramai yang follow ~  the best way promote blog ajak dorang singgah baca ... kalau menarik pasti orang lain akan follow  ~ tapi ingat! bila dah jadi otai blogger jangan lupa nak singgah blog2 orang lain ... kena support bloggers yang lain ~ kongsi pengalaman anda ... kalau tak percaya tanyalah blogger2 yang dah level otai ~

aku di sini bersama kamu ...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah ~ dah selesai majlis konvokesyen pertama Asia E University hari Ahad yang lepas. Akhirnya dapat jugak aku mengupdate blog aku ni. Ada jugak orang yang bertanya bila aku nak update blog ek ... ingatkan takde sape yang nak baca blog aku ni . heheheeh ~ terima kasih ...

Kepada yang baru membaca post ni ... kenapa tetiba aku cakap pasal 1st convocation? ha ... saje je sebab sebelum ni aku kata aku kemas sawang2 yang ada kat blog ni kan ... so sebenarnya aku sibuk2 sikit + kurang mood nak update blog ni ... hahahah ~

Aku ada cakap nanti aku share ngan korang majlis tu tapi aku sedang mencari bahan a.k.a gambar2 dalam majlis tu. Belum dapat lagi dari Photographer. The event was a huge success. We got a lot of good feedback from our students, guests and our Guest of Honor. Really good. Credit to everyone. :D

Sampai sini dulu ... pagi2 tadi hujan so basah sikit kat luor tu. Ini mesti jap lagi basah selipar aku naik moto pegi keje. Ngeh ngeh ngeh .... ketemu kita di post yang seterusnya !!!

Friday, April 15, 2011

rudyson7 dan sawang-sawangnya ~

Assalamualaikum ...

Wah ~ ingatkan lepas letak entry waktu aku kurang sihat boleh la aku update blog ni ... rupanya sampai sekarang aku tak update lagi ... sorry ye pembaca2 sekalian (ada ke pembaca???) sebab sedikit busy. Cewah ~ tu je alasan paling common orang bagi kan ...

Lerrr ... ni je pun sawangnye ~


Tapi memang betul pun. Tapi ni kan sebenarnya pengalaman jugak sebab nak jadi blogger ni bukan senang kan . Nanti kalau dah ramai follower lagi banyak kita kena contribute supaya follower terus menyokong kita. Ni pun dah bersawang-sawang dah blog aku ni sebab lama tak update. Ada sape2 nak tolong bersihkan ? Hehehe ~

Sekarang ni tengah sibuk dengan Konvokesyen pertama Asia E University. Macam-macam kena prepare . Hahaha ~ macam la aku ni orang yang penting sangat kan ... banyak jugak keje lain kena buat sebab semester ni masih berjalan. Nanti aku share ngan korang majlis konvokesyen tu nanti. Ok? Konvo tu weekend ni je pun ... Tunggu~~~

Sunday, April 10, 2011

oh blogku ~

Assalamualaikum,

Haishh ~ dah mula bersawang dah blog aku ni ye ... hehehe  ~ maaf la kepada semua pembaca kot2 korang tengok blog aku ni takde entry baru. Agak busy sikit 4 hari lepas ditambah dengan kesihatan yang kurang baik. Aku berselubung selimut menggigil kesejukan semalam lepas solat Subuh sebab nak demam.

Alhamdulillah kepala tak la sakit sangat. Biasa aku ni kalau nak demam berdenyut2 kepala. Migrain la kot. Dulu sampai 2 minggu tak hilang berdenyut aku dah cam gugur jantung takut ada yang tak kena ngan otak aku ni. Semalam pulak kebetulan aku attend wedding officemate aku kat Hotel Renaissance ... dah aku minum air sejuk ... memang kena la pagi ni kan ~ hehehe ...

Ok lah~ saje je bagitau korang aku tak sempat nak update blog ni ... InsyaAllah ada kesempatan aku update ye ~

Tuesday, April 5, 2011

pemandu kereta yang bawak macam h****

Assalamualaikum,

Panassss ... panasss ... sebenarnya dah reda dah tapi bila teringat balik buat aku naik angin betul la. Masuk 2 hari lepas dah 2 kali kereta potong motor aku sipi-sipi je nak kena ... haishhh ~ memang sah dorang ni tak pernah naik motor ... akal pun tak tau letak kat mana ...

Sebagai penunggang motosikal aku pun tau nak kena bawak belah lane kiri sebab kete kan besar ... tapi bila duk belah kiri pun kereta nak pecut belah kiri apa citer? Buang tebiat? Al kisahnya mula-mula tu aku on the way balik umah lalu highway ... ada sebijik kete Swift putih ni bawak macam pelisit sampai aku nak dilanggarnya ~

Lepas tu bila masuk simpang kat MRR2 menuju Tol Gombak pun nak potong semua kereta yang ada ~ tak ingat mati ke budak tu ... 2 hari lepas pulak sebijik Honda Accord yang gedabak tu bawak macam h**** jugak ... yang ni lagi dahsyat sebab pagi2 kete banyak kat area Pekeliling KL pun nak bawak cmtu ~ teksi nak benti tepi dier plak yang horn ~ ikutkan hati aku kasi pecah tingkat kete mamat tu ~ panasssss ~ ...

Kepada pemandu kereta di luar sana, beringatlah kita ni kat Malaysia banyak lagi orang bawak motor kapcai termasuk la aku ... bila memandu tu ingat penunggang motor jugak sebab bila jem pun kena slow ... time tu la korang nak laju2 nak tukar lorong ~ no point ... silap ari bulan kete korang kena calar ~ bawak elok-elok ... kalau yang rempit tu lain citernye ...

Pandu dan tunggang dengan selamat ... ingatlah orang yang tersayang ... kalau takde cuba sayang diri sendiri ~ :D

anda ada akaun Maybank2u? sila baca ni ~

Assalamualaikum,

Kali ni nak citer pasal IT sikit. Hehehe ~ korang ada akaun Maybank2u tak? Internet banking Maybank la ... hari ni aku dapat lagi satu email (ini kali kedua) kononnya dari Maybank mintak re-confirm details sebab kononnya jugak akaun aku ada isu sekuriti . Well ... JANGAN PERCAYA ...

Korang tengok ni ...

(Gambar mungkin kecik sikit dan tak nampak tapi aku terangkan kat bawah)


Ini email aku. Subject yang dihantar kata "Re-Confirm Your Details" . Macam real wooo sebab siap tiru gambar cantik je ... bulatan kedua tu tulis "Click here to Log In" ... ini helah dorang suh korang login guna link tu. Bulatan ketiga tu ada kesalahan ejaan "Mayabank" ... itu pun dah membuktikan email ni palsu ...

Kalau korang terlepas dan click jugak login tu dier akan keluar macam ni ...


URL yang ditulis kat atas tu "http://propharmace.com/m2udatabase/main.html" ... INI BUKAN URL YANG BETUL ... bulatan kedua tu kotak untuk login. JANGAN SEKALI-KALI LOGIN KAT PAGE NI ...

Cuba tengok beza dengan laman web yang betul kat bawah ni ...



URL yang betul adalah " https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login " ... setiap laman web yang melibatkan sekuriti mesti bermula dengan " https:// " ... kalau takde hurus "s" tu bermakna laman tu tak secure ... biasanya laman web melibatkan bank dan data peribadi yang akan secure ... Bulatan kedua untuk login pun ada satu kotak je sebenarnya ...

Kalau korang memang ada akaun Maybank2u ni bila korang login Maybank ada bagi message yang menyatakan mereka tidak berurusan dengan menghantar email ...

So bila melayari Internet pun kena hati-hati bila register mana-mana laman web ataupun login ... kalau Blogger takpe ... hehehe ~ sekian ...

Monday, April 4, 2011

cara 'penyampaian' aku dalam blog ini

Assalamualaikum,

Nak share sikit yang terbuku dalam kotak fikiran aku ni setiap kali aku nak post benda-benda baru dalam blog ni. Kalau diperhatikan ayat aku ni kadang2 boring je kan ~ takde yang menarik sangat ... tu yang traffic selow je ~ ngehngehngeh ~ ...


Rata-rata blog yang aku baca penyampaian dorang memang simple tapi menarik minat untuk membaca. Aku ni kadang-kadang skema jugak sebab apa-apa pun aku refer to basic. Apa yang basic tu? Agama ~ :) ... bila berblogging ni macam-macam yang kita nak tulis ... tapi mesti kena ingat sentiasa ...

Apa yang kita nak post tu mestilah tidak sampai menghina orang ... jangan ada yang menjatuhkan aib orang ... benda-benda lucah ... mengutuk orang lain ... ~ maksud aku tidak keterlaluan dan sebagai pelajaran ... paling utama bab agama sebab yang ni aku tengok ada yang main pakai 'pendapat' sendiri amik ayat skit pastu explain jele-jele tanpa merujuk sumber yang sahih ...

Ada banyak aspek kena  ambik kira ... mungkin sesetengah post tu sebagai memberi pengajaran ... ~ walaupun nampak seperti mengutuk ke ape tapi cara penyampaian dan susunan ayat kena betul supaya orang faham ... kalau pakai taburr je memang la orang suka ~ penyokong ramai wooo ... TETAPI ...

Silap aribulan kena saman sapa tanggung? pembaca? kawan ketawa bersepah weh ~ hik3 ... wah ni pun kira pedas ni tapi kan peribahasa tu ... cmtu la maksud aku ... harap semua faham ... anyway ... renung2kan dan selamat berblogging ~

bila sahur dan puasa~

Assalamualaikum,

Anda pelik? Ngehngeh ~ belum masuk Ramadhan lagi ke? Wah ~ citer pasal sahur ngan puasa plak ek ... bukan apa ... mesti la semua tau kan puasa ni bukan dalam bulan Ramadhan jer ... kan kita ada puasa sunat. Puasa nazar .. puasa ganti .. oooppsss ...

Alhamdullillah di pagi Isnin ni Allah bagi lagi kesempatan kita untuk bernafas di muka bumi yang tinggal sejengkal je lagi dan masa ni la peluang kita untuk memperbaiki diri kita lebih baik dari semalam. Hari ni Alhamdulillah aku dapat lagi untuk berpuasa sunat dan aku nak ajak sahabat-sahabat di luar sana jom kita amalkan ~

Memang liat sikit kan sebab perkara sunat jer ~ tapi yang paling best bila citer bab sahur. Bukan time bulan Ramadhan jer tapi bila masa kita puasa. Maklumla nak kena bangun sebelum Subuh ... kita semua ni tau setiap perkara yang Allah suruh dan sunah Nabi ada hikmahnya ~ cuma penyakit kita ni MALAS ~

Ada setengah tu cam dah jadi amalan pulak bila puasa je makan banyak-banyak tengah malam pastu skip sahur. Aishhh~ takde effect pun macam tu. Bikin lemah jer ~kena paksa diri bangun sahur pagi-pagi ... kalau ada kurma untuk sahur lagi best ~ yakin dan InsyaAllah bila amalkan kita akan rasa hikmah tu ...

Selain dapat pahala puasa ni dapat jaga diri kita ~ betol tak? Bila kite ingat kita puasa kita akan cuba elakkan dari buat benda-benda tak elok ... zaman kita ni dugaan cukup hebat ! Kita dapat jugak 'charge' Iman kita InsyaAllah ~ harap dapat jadikan ilmu untuk kita semua ~

Jom mulakan minggu kita dengan senyuman ~ :)

Sunday, April 3, 2011

hari-hari ahad ku ~

Assalamualaikum,

Kalau minggu lepas aku btau korang hari Sabtu aku ... minggu ni aku nak btau ari Ahad aku plak ... sedey wooo nak citer tapi takpelah dah nak kongsi cerita ... tatkala kuli-kuli kawan aku pun cuti hari Ahad aku plak bekerja ...



Korang kenal siapa tu? Ngehngeh ~ tu la aku ngah bekerja ... sempat jugak aku update kejap blog ni ... notebook putih tu la harta aku ... banyak lagi harta lain tapi rahsia .. hahahaha ~ weekend aku antara 2 ... aku jaga library atau jadi School's representative bila ada kelas ...

Tak lama lagi maybe aku jadi administrator plak ... adoi ... takde weekend la aku jawabnya ~ ada sape2 antara korang yang keje weekend??? Cari duit lebih buat OT ... zaman la ni semua mahal ... ~ adussssss ...

Saturday, April 2, 2011

sudah 3 bulan usianya ... dan ...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah April dah tiba bermakna blog rudyson7 ni dah 3 bulan usianya. Terima kasih kepada semua yang sudi singgah baca blog ni. Kalau ikut prestasi memang ciput je sebab dalam tempoh yang sama jugak blog kawan-kawan aku yang seusia dengan blog ni dah capai figure yang best.Seronok sebenarnya sebab ada yang sudi baca blog ni...


Ha ... tu figure latest masa aku tulis post ni. Tolak 32 tu kira aku yang viewed sendiri jadi la 1000 kan ... hehehe ... Alhamdulillah ~ aku akan cuba yang terbaik untuk meningkatkan prestasi blog ni ... semoga semua terus memberi sokongan ~ terima kasih semua ~ ...

Friday, April 1, 2011

:: simbah asid suka-suka je ~ @%^$#*&^*%^# ::

Assalamualaikum,

Sampai kat opis pagi-pagi tadi kecoh cerita pasal kes simbah asid oleh lelaki misteri yang sukahatidia simbah asid kat orang. Setakat ni polis tak tau lagi motif dier apa sebab orang yang dier simbah tu secara rawak. Sape-sape boleh jadi mangsa.

Lelaki ni naik motor Yamaha Lagenda pastu tetiba je baling bungkusan plastik berisi asid. Area setakat ni sekitar tempat keje aku ni jugak. Jalan Tun Sambathan, Bangsar, Brickfields ... berhampiran je semua ni. Waktu pun memang random. Kalau jumpa dorang ni aku tuang asid satu badan dier baru padan muka . (Marah sekejap) ... sampaikan budak-budak pun dorang simbah ... ni mesti psycho punya orang ni ...

Link berita korang boleh klik MyMetro dan StarOnline ni. ada details dan kot la ternampak ke korang cepat-cepat la report. Terbakar kena asid ni kesannya kekal. Hati-hati bila korang berjalan tu. Pandang kiri kanan ... nak selamat jangan jalan kat tepi jalan sangat ~ ...cepat2 bilas ngan air kalau kena asid ... Sekian ~

:: bila mood aku berblogging? Ntah ~ ::

Assalamualaikum,

Semua tahu apa itu mood? Mesti la semua tau kan ... aku pun tak tau kenapa tapi sebelum dan selepas aku jadi blogger ni mood aku pelik sikit ... mood untuk blogging ye bukan mood lain ... biasanya aku dapat ilham waktu aku nek motor . Tak pun waktu aku jalan kaki sorang2 ~ tak pun waktu aku makan ... waktu mandi ... waktu nak tido .. eh banyak la pulak kan ...

Tapi masalahnya bila mengadap depan komputer je terus blurr tak tau nak tulis apa . Kalau time dapat ilham tu lima nam perenggan aku boleh karang dalam kepala otak aku ni. Benda yang aku nak tulis pun simple2 je tapi tu pun boleh lupa. Aishhh ~ adakah ini tanda aku sudah tua? Oh No ~

Aku rasa aku pun kena jadi cam blogger yang otai-otai yang selalu update blog dorang. Pegi beli NetBook satu pastu Broadband. Dapat je idea masa nek motor benti tepi jalan update blog. Cun? Hahaha ... yang penting time mood tengah seronok tu memang banyak la post baru yang aku keluarkan ~ ada la dalam 1..2..3..4..5..6.. ha dalam 2 camtu.. lebih dari 1 banyak la tu kan kan kan?

Ada sape2 kat sini nak derma untuk aku beli NetBook? eh ~ mana korang???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...