Pages

Thursday, March 31, 2011

:: berapa lama seorang blogger nak taip entry baru? ::

Assalamualaikum, 

Sedang aku sibuk buat kerja ni sempat jugak aku nak publish entry baru. Hehehe ... dah baca tajuk entry? Ha ... cuba la korang teka meneka antara satu sama lain ... bape? 5 saat? Tak mungkin ... 

Aku ni kan blogger baru so bab-bab macam ni mestilah aku tinjau-tinjau kan ... sebab sesetengah blogger yang aktif masukkan entry baru sampai 5-6 entries dari pagi ke malam. Sape? Cari la sendiri. Memang sentiasa updated blog dorang ni. 

Tapi yang nak citer sekarang ni kalau korang ada idea ke cerita ke nak publish entry baru bape lama korang amik masa? Lama tak? Hurmmm ~ aku rasa jawapannye subjektif  .. iyerlah depends kepada apa kebenda yang nak dipublishkan ~ tu dier bahasa ... lagipun bloggers biasanya  taip je terus apa ada dalam tempurung kepala tu kan~ Hehehe ...

Kalau yang formal mungkin amik masa skit. Yang nak kena cari bahan pun sama. Takut tersilap itu ini silap-silap kena saman .. ooopppsss ... Ok aku dah kira entry aku yang ni ... aku amik lebih kurang 5 minit untuk taip ~ termasuk carik gambar ~ now? Publish post!!!

:: jom puasa sunat dan perkara sunat yang lain ::

Assalamualaikum, 

Selamat pagi semua ~ :D ... ececece ~ ada gaya pengacara pulak dah. Pendek je post ni sebab pagi-pagi hari ni aku bersahur untuk puasa sunat. Jadi ... apa salah aku nak ajak korang-korang sekali kan? Bukan apa ... zaman sekarang ni bab yang sunat ni semua suka jawab macam ni " Ala ... sunat je takpe " ... 

Memang betul.~ Tapi yang sunat tu la yang nak 'cover' balik pahala-pahala yang kurang. Nanti bila dah mati besok kot la penimbang tu berat ke dosa mesti kita tak mau kan? Tambah pulak yang wajib pun senang-senang je ditinggalkan inikan pulak nak buat yang sunat. 

Kita bersyukur kan sebab jadi umat yang paling istimewa di sisi Allah. Nak buat pahala bukan main mudah sekali. Senyum je pun dah dapat pahala. Alhamdulillah~ aku pun dulu merangkak liat nak amik yang sunat ni ~ tapi meh aku share ngan korang paling terbaik nak didik diri kita ialah masa bulan puasa. Bila masuk bulan puasa ramaila yang tingkatkan ibadat tapi bila habis semua back to normal ~ aha~ paksa diri untuk maintain ~ 

Tak susah pun ... memang kena paksa diri. Tapi sebagai manusia biasa memang begitu lumrahnya. Bila sampai musibah baru nak ingat. Itu pun sekejap. Bila dah senang balik lupa semua. ~ Kena cuba amalkan ... cuba dengan solat sunat. 2 rakaat tu InsyaAllah tak berat. Macam solat subuh ~ puasa ni kalau sebulan sekali pun Alhamdulillah tapi tingkatkan dari masa ke semasa. Bila dah jadi amalan besok seronok ~ :)

Eh jadi panjang pulak ~ jom kita jadi yang lebih baik. Kalau dah baik cuba untuk jadi yang terbaik. Semoga Allah memberkati hidup kita dunia dan akhirat ~ Amin~ ...


:: istimewa: siapa dia? ::

Assalamualaikum, 


Sudah 2 hari aku tak update blog. Agak sibuk sikit weh ~ tapi aku ada sesuatu untuk korang. Nak tau apa? jom tengok ~ sebelum tu ... gambar hiasan ~~~








Si Anu   : Assalamualaikum. Sape nama dia tu? 
Si Polan: Waalaikumussalam. Nur 'Amira rasanya.
Si Anu   : Macam mana boleh kenal?
Si Polan: Hurmmm ~ dier tu mula-mula aku jumpa...eh silap... aku tengok kat
                 gambar potret  family dier. Aku penah pegi rumah dier dulu time 
                 raya ikut member aku. Mak aih punya la pemalu siap berlari ke 
                 dapur bila tengok aku. 
Si Anu   : Itu mula-mula ko tengok dier. Aku tanya camne bleh kenal? x(
Si Polan: Oh~ bila dah tengok tu aku sibuk la nak ngorat. Kakak dia tak 
                 mau kasi no tepon dia. Last2 aku message kat FB. Juai mahai 
                 dulu wooo ~pehtu akhirnya dapat jugak no.
                 Kalau dah ada nombor barulah berkenalan. Ok jawapan ni?
Si Anu   : Biasa je~ 
Si Polan: Cis ~
Si Anu   : Berapa lama dah kenal?
Si Polan: Tambah tolak aku rasa setahun dah kot~
Si Anu   : Budak mana dier tu?
Si Polan: Kontan, Pahang Darul Makmur ...betul ke? Hehehe ~ 
Si Anu   : Pernah dating dah ke? 
Si Polan: Dating? Dier kata 'spend time' ... bukan dating. Jumpa kat kedai 
                 mamak je mula2 ~ 
Si Anu   : Mamak je?
Si Polan: Bertiga ok ~ pastu ada la ke KLCC jalan-jalan ... :$ (malu ~ )
Si Anu   : Dier duduk katne?
Si Polan: La ni dier blaja kat Dungun ... rumahnya kontan lerr ...
Si Anu   : Tuuu dia ~ jauh jugak tu ... selalu jumpa cane jauh2 ni?
Si Polan: Sekali-skala je ~ kalau ikut skala peta nampak je cam dekat ... 
                  hahaha ~ ada la skali pegi kontan jumpa dier. 
Si Anu   : Kesian ~ ... 
Si Polan: Aik ... tu soalan ke ape???
Si Anu   : Oh ... silap-silap ~ berapa umo dier sekarang? Besday dier bile? 
                 Berat dier bape? Cantik ke orangnya? Ha ~ ko jawab ... 
Si Polan: Errrr ~ skip yang tu boleh ke??? Segan la nak jawab ... hehehe ~ 
Si Anu   : Tau pun ko~ dah ni soalan akhir untuk hari ni ... yang aku tanya 
                 kat ko panjang-panjang ni sebenarnya sape dier ni?
Si Polan: Ehem ... ko rasa? 
Si Anu   : Banyak main betol la ko ni ... nanti aku interbiu ko lagi ... tak jawab 
                 siap ko ... ~




Bersambung ... tapi tak tau lagi bila ~ :D

Sunday, March 27, 2011

:: blog perempuan lagi best dari blog lelaki? betul ke ni? ::

Assalamualaikum, 

Ayat aku mula-mula macam biasa, 'aku blogger baru'. Heheheh ~ mesti dah ramai yang buat tajuk post yang hampir sama macam aku ni. Kira maksud hampir sama la jugak. Umur aku baru 3 bulan. Eh silap. Umor blog aku. Biasalah blogger baru kenalah rajin blogwalking sana sini amik ilmu dari blog-blog lain. Usha-usha blog otai amik tau tips-tips yang bagusss ~ 

Hiasan dari Google
Tak dinafikan blog aku ni takde la best mana pun sebab traffic pun ciput je tapi terima kasih yang tak terhingga kepada yang memFOLLOW blog aku ni. Banyak ulasan dari blogger lain bagi tips itu ini cara nak tingkatkan traffic dan aku dalam proses mencuba. Harap2 pasni ada yang sudi singgah blog aku ni. 

Korang rasa betul ke blog orang perempuan ni lagi best dari blog lelaki? Hurmmm ~ aku pun tak pasti tapi ikut pengalaman aku ada jugak 2-3 orang kawan aku yang sama baya ngn blog aku tapi perghhhhh ! Meletup beb ... hehehe ~ ni yang buat gua jeles ni. Tapi jeles yang baik ok sebab aku nak bersaing dengan dorang. 

Aku baca-baca blog pompuan ni memang sempoi je semua. Macam-macam ada. Aku pun seronok gak baca. Amik ilham kata orang. Jangan tukor jantina udah ~ :P ... page blog dorang pun cantik je. Dah nama pompuan ~ make up kena tebal sikit. Oooppss. 

TETAPI ... ha~ walaupun begitu, blogger yang popular tetap LELAKI. Ini macam kerjaya chef  la ni. Sape kata lelaki tak pandai masak? Chef lelaki lagi popular ~ ni Mat Gebu pun kira masuk kategori sama la. Hee ~ blog lelaki ramai jugak yang best2. Nak pulak yang dah matang ... alamak ... life begin at 40 ... untuk lelaki sahaja ye. ~ 

Apapun diharapkan bloggers di Malaysia dapat bersama-sama kongsi peringatan dan ilmu yang ada. Jangan buat blog yang sibuk menjatuhkan orang lain. Tak baik ~ akhir kata ... semoga berjaya untuk semua bloggers ~

:: bila hotel takde paip tandas ~ aiseyman ::

Assalamualaikum,

Aku pun nak tergelak kalau citer tapi dari hari tu lagi aku tak sabar-sabar nak post pasal benda ni. Korang tau kan paip getah yang kita selalu gunakan? Tapi untuk kali ni nak cerita tentang paip yang kita guna kat tandas. Bukan kepala paip tau! Kalau dulu standard paip getah la kan sekarang dah berevolusi salut ngan besi tak pun paip getah keras kecik je warna hitam. Biasa jumpa kat public toilet. 

???
Aku ni bukanlah selalu duk kat hotel tapi 2-3 bulan lepas ada la beberapa kali aku kena duk hotel sebab urusan kerja. Hotel kat Penang ngan Sarawak. Mula-mula aku perasan bila takde paip terkejut jugak aku. Sebab apa? Kita kan orang Islam mestilah kena basuh@ce*** . Kalau buang air kecik tu takpe tapi kalau time perut memulas tu ~ aiseyman. 

Kelakar beb sebab aku plak jadi kelam kabut nak cari paip. Hotel yang satu ni boleh request gayung ngan baldi. Tapi hotel yang aku nginap kat Sarawak memang takde kepala paip pun kecuali kat singki ngan bath tub. Jeng~ jeng~ jeng ~ aku pun tak paham la nape tak letak sebab kita kan Malaysia. Nasib baik la public toilet dekat. Mungkin pihak hotel pun nak jaga standard dorang. Lagipun hotel tu international kan ~ ni yang kena belajar international business sebab kena sesuaikan produk dengan sesuatu negara. Paham ke?

Camni baru ada feel ~

Tak pasti la kalau aku ni katak bawah tempurung tapi aku bukan selalu nginap hotel ni. Kalau ada urusan kerja je pun. Kalau situasi ni kena kat korang camne? Huhuhu ~ pandai guna tisu je? Oooppsss. Saje kongsi pengalaman mana la tau pasni korang nak menginap hotel yang mahal-mahal pasni~ 



Ingat, kebersihan sebahagian daripada IMAN ~

:: earth hour 2011 ~ jom sama-sama laksanakan (edisi sambungan) ::

Assalamualaikum, 

Kepada pembaca yang budiman, eh macam nama aku ... maaf ler sebab semalam aku kata nak sambung post ni lepas earth hour tu tapi lepas padam lampu dengan mood aku sekali terpadam ... Sorry ye ~ heee ...

Tak syok plak dah nak citer pasal earth hour ni cuma nak share pasal earth hour ni asal dier bermula dekat Sydney Australia. Tahun permulaan sambutan ni pada tahun 2007. Lepas setahun barulah banyak negara lain join sambutan tu. Hampir 35 buah negara yang sambut. Tau tak korang tahun lepas sambutan paling besar earth hour ni? 128 negara yang terlibat termasuklah Malaysia. Tahun ni punya aku tak dapat update lagi. Hee~ 

Dalam FB semalam macam-macam komen yang aku baca. Ada yang kata setakat padam 2-3 lampu je buat apa. Ada yang bagi details jangan nyalakan lilin sebab sama jugak lilin tu keluarkan asap yang tak baik. Aku support yang ni. Nak tau lebih lanjut pasal earth hour klik EARTH HOUR ni.

Walaupun macam-macam komen yang keluar tapi sekurang-kurangnya even ni bagi kesedaran kat kite. Mana yang suka fikir negatif dulu macam aku ni kena tengok pulak yang positif tu apa. Kesian kat generasi akan datang. Tapi yang pasti masjid dengan surau takleh nak tutup semalam sebab masuk Isyak kan ~ aku pun kat surau so terang la sikit. ~ :)

Tu la serba sedikit. Mood baru nak up balik so tunggu post-post seterusnya ~

Saturday, March 26, 2011

:: earth hour 2011 ~ jom sama-sama laksanakan ::

Assalamualaikum, 

Alhamdulillah ~ aku ada 15 minit lagi nak update ... hahaha ~ bukan update benda lain pun tapi nak ajak semua komuniti blogger sama-sama kita jayakan event ni. Hari ni, 26 Mac 2011 tepat jam 8.30pm hingga 9.30pm jom sama-sama kita tutupkan suis lampu dan segala suis yang ada kat rumah kita dan biarkan BUMI ini berehat selama sejam ... 


Takde nak cerita panjang ~ just go and get ready people! Nanti lepas sejam kita sambung semula cerita ini ~ chowwwwww ~ eh nape gelap ni????????????



:: hari-hari sabtu ku ~ ::

Assalamualaikum,

Tatkala separuh penduduk kat Malaysia ni bercuti pada hari Sabtu ~ aku pulak bekerja di hari Sabtu ... tapi bukan separuh hari ye ... 9am - 4pm ... Mesti ramai jugak yang keje ari sabtu kan?

Saje je aku update blog ni kongsi cerita aku ... hehehe ~ mana-mana yang baru baca blog ni aku nak kasi tau aku keje kat Asia e University. Tempatnya kat KL. Hujung-hujung minggu aku camni la ... cari duit lebih la katakan ~ kumpul duit kawin ... ooopppsss ...

Aku buat part time jaga AeU Knowledge Centre ... bahasa mudahnya Library ... bahasa melayunya Perpustakaan ... macam budak-budak aku ni . Apa keje aku? Aku ni part timer je so keje-keje biasa je yang Librarian kasi ...

Minggu lepas abis aku shelving buku yang belambak pastu hari ni aku buat cataloging plak ... yeke? Aku pun tak pasti tapi keje aku cop sana cop sini pastu tampal sana tampal sini. Last2 semua benda aku tampal barcode kang ... Hehehe ~ banyak ke bukunya? Ce tengok ...


Tu banyak lagi tu ~ hehehe ~ ok la ... tu je nak tulis ... selamat bekerja di hujung minggu ~ :D

:: solat seminggu sekali je? ::

Salam, 

Seringkali kita terdengar dalam tazkirah bila Ustaz kata dah la solat seminggu sekali ~ ... apa maksudnya tu? Mesti semua faham kan ... maksudnya orang zaman sekarang ni yang solat seminggu sekali je ... solat apa? Solat Jumaat  ~ ini lebih kepada sape? Kepada kaum Adam la ... sebab kita ikut Imam Syafie~

Terpanggil aku untuk tulis post ni untuk kita sama-sama jadikan ingatan. Macam-macam alasan orang bagi bab solat ni ... sebenarnya yang wajib tu adalah yang 5 waktu yakni Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak termasuklah solat Jumaat. Solat Jumaat wajib ditunaikan pada hari Jumaat secara berjemaah.

Hakikat yang kita tengok sekarang ramai yang meninggalkan solat wajib yang 5 tadi tapi bila solat Jumaat pegi pulak. Kenapa ye? Malu sebab takut kantoi ngan orang lain sebab tak solat Jumaat?  Ada pulak tu memang la ke Masjid tapi lepak menyorok ntah kat sudut mana sebab tak nak solat ~ 


Ada pulak yang selang-selang solat Jumaat dia. Sebab yang dia tahu kalau tak solat Jumaat 3 kali berturut-turut Allah akan tutup pintu hati. Memang benar tapi jangan memandai ingat kalau selang-selang takpe. Syaratnya kalau benar-benar ada keuzuran tak boleh nak pegi. Tuntut ilmu bior habis dan faham betul2~ sedangkan solat 5 waktu kalau ditinggalkan kena qada, samalah dengan solat Jumaat. Sakit pun kita kena solat ~ 

Aku pun hanyalah hamba Allah yang penuh dosa. Masih terlalu cetek ilmu di dada. Tiada yang sempurna~ hakikat di atas tentu tidak dinafikan. Ingatan untuk kita bersama. Solat tiang agama . Berdoalah kita agar diberikan keimanan. Jom kita paksa diri untuk berubah. Jangan tinggal solat ~ itulah bekalan untuk akhirat dan benteng kita nak jauhkan diri dari godaan dunia ~

Islam itu mudah, tapi jangan dipermudah-mudahkan ~ :)

Friday, March 25, 2011

:: berat sama dipikul ringan sama dijinjing ::

Salam,

Seperti biasa InsyaAllah hari ni saya akan kongsikan lagi sedikit kandungan dari Khutbah Jumaat di Masjid negara. Maaf sebab lewat sikit update. Khutbah hari ni disampaikan bersempena Hari Polis Malaysia ke 204 tahun ni.

Walaupun Polis adalah pasukan keselamatan yang bertanggungjawab menjaga kesejahteraan dalam negara kita jangan kita lupa pengorbanan mereka. Kita boleh lihat dalam Malaysia ni Polis kita cekap jugak dalam menyelesaikan satu-satu kes terutama kes berat.

Namun tanggungjawab tu sebenarnya bukan terletak kat bahu dorang jer. Kita sebagai rakyat perlu turut sama-sama membantu dorang. Kita manusia ni selalu lupa ~ bila orang lain ada masalah kita suka bersikap lepas tangan walaupun mampu menolong tapi bila kita yang susah takde sape nak menolong kita marah ... jadi kena ingat dan fikir semula ~

Besar ganjaran yang Allah bagi kat kita sebab kita ada tanggungjawab untuk menjaga agama dan negara kita. Dunia sekarang ni semakin banyak yang jadi huru-hara tapi Alhamdulillah Malaysia masih lagi sebuah negara yang aman dan selamat untuk kita tinggal.

Jom baca teks kandungan Khutbah tersebut dan kita hayati dengan lebih untuk kita fahami. Klik kat link ni:


*Sumber utama kandungan post ini adalah berdasarkan dari teks Khutbah Jumaat Masjid Negara bertarikh 25 March 2011

:: aku blogger separuh masa ::

Salam, 

Haisshhh ~ penat jugak rupanya jadi blogger ni. Nak kena pandai bahagi masa. Aku ni dah la pemalas sikit. Hahaha ~ tapi bila jenguk blog-blog yang ada peminat tinggi buat aku jadi semangat sikit. Tengok blog Ben Ashaari? Beautifulnara? dah tengok Vlong Ben ngan Beautifulnara?

Ha~ kalau belum boleh singgah web dorang dan tengok Vlog tu. Nanti aku bagi link kat bawah. 44 minit video tu so macam-macam info kita boleh belajar dari bloggers yang hebat-hebat ni. Seyes sebagai blogger baru aku jengah jugak blogger otai nak cari ilmu dalam dunia blog ni. Malu bertanya sesat jalan ~ eh ~ usaha tangga kejayaan ~ eh ... boleh pakai la tu kan ... usaha kena ada beb ~ 

Mula-mula aku ingatkn dorang ni blogger sepenuh masa sebab updated je memanjang tapi bila dah tonton Vlog tu baru la aku tahu ~ dorang pun separuh masa. Ada ke blogger full time? Statement paling best bila Beautifulnara kata malam-malam dia jadi 'kelawar' ~ hahaha ~ tu la pengorbanan sebab rasa tanggungjawab kepada fans blog dorang ~ aku nak jadi jadi Robin la plak ... 

So? walaupun aku separuh masa aku akan cuba memberikan sesuatu yang terbaik dari blog aku untuk korang semua. Sekarang ni aku makin rajin jengah blog-blog orang lain walaupun masih baru. Ilmu tu luas beb ~ rajin usaha ada la buahnya nanti. ~

Terima kasih kepada mereka sebab sudi kongsi pengalaman ~ pasni aku nak usha-usha lebih mendalam blog2 otai di Malaysia ~ jom ~ 

Seperti dijanjikan ... klik SINI kalau nak tengok Vlog tu ~

:: gempa dan gempar ~ peringatan untuk kita semua ::

Salam, 

Belum pun reda berita gempa bumi kat Jepun sekali lagi berita menyampaikan gempa bumi berlaku dekat Mynmar pulak. Bukan kecik tapi hampir 7.0 skala richter . Memang kuat sampaikan Thailand pun rasa gegaran tu. 

Jom kita renung sejenak kenapa semua ini berlaku? Sudah tentu ia adalah peringatan untuk kita semua bukan? Bencana dan musibah yang berlaku sekarang bukan main dahsyat lagi. Takut bila kita melihat dan mendengarnya. Sejenak ia membuatkan kita insaf tapi kenapa aku kata sejenak? Sebab sejauh mana kita hayati keinsafan tu? Tepuk dada tanya selera. ~

Teringat bila melihat video yang kawan-kawan postkan dalam FB tentang kekejaman Jepun terhadap binatang dan tulis komen patutla depa kena tsunami tapi jangan kita lupa kat Malaysia apa kurangnya~ mungkin Malaysia tak seksa binatang tapi pusat hiburan? pusat pelacuran? Kelab dan pub?  buang bayi? masalah sosial remaja sekarang? dadah? bunuh?  Terbaru pusat untuk Gay pulak ~ 

Masa kita yang ada di dunia semakin singkat. Jom kita sama-sama memperbaiki diri kita masing-masing. Maksud aku dengan bersungguh-sungguh. Semakin hari kita semakin lalai dengan dunia. Taubat seringkali kita mungkiri namun Allah Maha Pengampun. Jangan pernah lupa pada Allah. ~ berdoalah mudah-mudahan negara kita dan kita semua selamat dunia dan akhirat ... Amin ~

Thursday, March 24, 2011

:: siapa kata penghidap penyakit jantung ramai lelaki? ::

Salam, 

Perasan tak korang sakit jantung ni penyakit pembunuh nombor 1 di Malaysia? Tau kan? Bukan Kanser ye ~ sebab apa? Sebab bila kena serang sakit jantung risiko dier aku boleh cakap 100% ada peluang untuk terus 'pergi'. Maaf ye tapi itu hakikat~ Sampai sekarang kalau tengok iklan kat TV masih ada kempen-kempen sayangi jantung anda. 

Tapi ... tau tak korang sebenarnya penyakit jantung ni ramai wanita daripada lelaki? Jeng ~ jeng ~ jeng~ cuba baca kenyataan yang aku amik dari keratan segmen kesihatan akhbar Utusan Malaysia:

Menurut Pakar Perunding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, yang juga Pengarah Yayasan Jantung Malaysia (YJM), penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di kalangan wanita di Malaysia dan di seluruh dunia sejak berpuluh-puluh tahun lamanya. 

Panjang sebenarnya kalau aku nak ulas topik ni cuma aku nak kongsi dengan semua bahawa risiko penyakit jantung ni sama antara lelaki dengan wanita walaupun dalam segmen tu kata wanita lebih berisiko dijangkiti selepas putus haid atau menopaus. Faktor yang menyumbang penyakit jantung ni antaranya obesiti, kolesterol tinggi, hipertensi, pengambilan lemak secara berlebihan, kurang bersenam, dan merokok.

Jom kita sama-sama jaga kesihatan jantung kita mulai dari hari ni jugak. Jaga pemakanan dan banyakkan bersenam. Jangan terlebih bersenam ye ~ ada penyakit jugak tu. Mencegah lebih baik dari mengubati dan jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah agar kita diberi kesihatan yang baik. 

Nak tau lebih lanjut cerita sakit jantung wanita tadi korang boleh klik dekat link ni : 



:: SEGMEN kenangan zaman sekolah menengah ::

Salam, 

Sebagai penghargaan untuk kawan aku Cik Nor Akmal Kamil, aku sertai :: SEGMEN kenangan zaman sekolah menengah :: anjuran blog milik dia, Kechik Itu Comel @ http://jarijemariemas.blogspot.com/   ... Aku ni blogger baru dan ini segmen pertama yang aku join. ~ jom tengok jawapan aku ~ ...

Mula-mula: 


Soalan dan jawapan: 
 
a) subjek yang paling korang suka?

>> terus terang masa aku sekolah menengah dulu subjek yang paling disukai subjek IT. Aku amik masa tingkatan 4 dan 5. Dah nama pun budak kelas IT kan ~ lagipun subjek tingkatan 1-3 semua orang sama je amik. Hehehe ~ Kenapa suka subjek IT? Kalau korang imbas kembali masa masuk tahun millennium yakni tahun 2000 evolusi industri IT ni tengah naik meningkat. Aku SPM tahun 2004. Asalnya aku ni budak sains tulen . Amik Biologi gitu tapi tak berminat la ~ ha ni dah kira jawab soalan kedua ~ hahaha ~ Dek kerana minat IT aku tulis surat mohon tukar kelas . Sampai camtu aku minat subjek ni ~ 

b) subjek yang paling korang tak suka?

>> macam yang aku jawab tadi ... subjek Biologi. Mula-mula memang la excited nak bedah katok tapi masuk kelas pertama aku mengantuk teramat sangat sampai aku tak paham apa Cikgu terangkan. Tapi aku tak suka subjek ni bukan sebab mengantuk ye ~ sebab aku suka subjek lain ~ ViceVersa la pulak ~

c) cikgu kesayangan korang? kenapa korang sayang dia?

>> nama dier Puan Azizah ~ Cikgu Bahasa Inggeris ... bukan aku sorang je tapi satu kelas suka ~ dalam banyak2 Cikgu kitaorang rumah dier dah 2 kali kami serbu datang beraya. Sebab apa sayang dier ? Sebab dier best ~~ sebab apa? sebab dier best ~~~ tengok gambor ni ~ 

Cuba teka mana Cikgu? Peraduan jugak ni ~ hehehe
d) apa kenangan yang paling korang tak boleh lupakan masa zaman sekolah dulu..?

>> PKBM! a.k.a  Pasukan Kadet Bersatu Malaysia. Walaupun zaman aku jadi Ketua waktu tingkatan 5 telah menyebabkan kekalahan peringkat Daerah-daerah Selangor tapi aku dah joined jadi kadet dari tingkatan 1 lagi ~ tengok gambar la~


Teka aku yang mana? Hahahaha ~
e) apa nasihat korang pada budak2 sekolah zaman sekarang ni...?

>> nasihat untuk dorang? uishhh ~banyak ~ toksah la cinta-cinta monyet ni takut 'terover' plak ... zaman korang ni makin maju ~ lebih mudah dan lebih mewah ... takut menyesal di kemudian hari ~ sentiasa ingat ibu-bapa yang mengerah keringat semata-mata nak bagi kita dapat ilmu ... usaha tangga kejayaan ~ paling penting jangan pernah lupakan Allah dan sentiasa berdoa kepadanya.~ macam mana? SOLAT JANGAN TINGGAL ~ InsyaAllah diberkati dan berjaya dunia akhirat ~

:: k.e.s.i.h.a.t.a.n ::

Salam, 

Selain daripada aku tuliskan kotak fikiran dan cerita aku dalam blog yang tidak seberapa ni aku nak kongsikan jugak bab kesihatan. Mula-mula sekali aku nak bagitau korang aku ni bukanlah seorang yang suka membaca tapi suka belajar agama dan kali ni aku baru beli buku tulisan Dr. Adi Hashman bertajuk Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit. Walaupun aku belum habis baca buku ni tapi bab pengenalan pun dah bagi ilmu dan intipati yang banyak. 

Kenapa aku beli buku ni? Sebab aku ingin tahu rahsia formula kesihatan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Mungkin ramai yang perasan masa kini ramai yang tinggalkan sunah dan ramai jugak yang berbahas mengenai sunah Nabi. Carilah sumber yang sahih dan jom kita sama-sama amalkan sunah. Setiap yang Allah perintah dan Nabi lakukan pasti ada rahsia di sebaliknya termasuklah untuk kesihatan. 

Banyak penyakit-penyakit baru yang muncul zaman sekarang ni sampai ada penyakit yang baru ditemukan penawar berevolusi jadi lebih sukar untuk dirawat. Keadaan persekitaran pun turut jadi faktor. Belum sempat satu kes penyakit selesai sudah ada penyakit baru. 

Bab pengenalan buku ni juga ada dituliskan Rasulullah ternyata bukan doktor walaupun banyak kaedah perubatan yang dinamakan sebagai 'perubatan cara Nabi'. Secara lahirnya juga Quran bukan himpunan yang berisi indeks rawatan perubatan walaupun Quran digunakan untuk menyembuhkan penyakit.

Panjang lagi kalau aku nak ceritakan sebab bab pengenalan je ditulis sebanyak 23 muka surat. Tapi aku nak petik sikit moto yang penulis ni ulas:

"Beribadah apa yang baik dan benar. Antara manfaat yang akan kita petik adalah kesihatan jasmani dan rohani yang terpelihara."

InsyaAllah dalam post yang akan datang aku akan kongsikan lagi bab-bab kesihatan daripada buku ini. Sumber-sumber lain juga akan turut dirujuk. Sekian dulu~ jom kita pelihara kesihatan kita dengan baik. Sentiasalah berdoa pada Allah agar kita diberi kesihatan yang baik. 


*Sumber utama post ini adalah dipetik daripada buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit tulisan Dr. Adi Hashman dan diterbitkan oleh PTS Millennia Sdn. Bhd.

:: sorotan keputusan SPM Batch 2010 - terbaik dalam 4 tahun ::

Salam, 

Alhamdulillah syukur kepada Allah sebab semakin lama mutu tahap pendidikan rakyat Malaysia semakin bagus. Semua tau kan semalam result SPM dah keluar? Pagi-pagi ni aku baca newspaper pasal keputusan SPM yang diambil tahun 2010 adalah terbaik dalam 4 tahun. Wah ~

Tahniah kita ucapkan kepada semua adik-adik yang berjaya. Keputusan kali ni siap ada yang dapat straight A+ tu ~ memang terbaik. Zaman aku dulu aku tak dapat A satu pun tapi Alhamdulillah itu semua tak menghalang aku untuk sambung pelajaran. 

Seperti biasa setiap kali keputusan diumumkan kita akan tengok banyak berita menarik dari setiap negeri. Setiap negeri ada penilaian masing-masing ikut kecemerlangan pelajar. Paling istimewa bila dengar ada yang cacat penglihatan pun tetap berjaya. Ada juga antara yang berjaya tu datang dari keluarga yang susah. Aku sempat la tengok berita malam tadi seorang anak posmen yang berjaya. Bangga siot ~ 

Kat Johor anak seorang pemandu teksi dapat 9A+ dan 1B+ ... amat membanggakan jugak. Jom kita renung balik walaupun kita susah kita boleh berjaya. Macam-macam tips yang diceritakan budak-budak yang cemerlang ni contohnya belajar berkumpulan dan sebagainya. Paling pasti jangan lupa berdoa dan ibadah kepada Allah. Usaha memang tangga kejayaan. ~

Kepada sesiapa yang kurang cemerlang jangan pulak putus asa ye.~ ini semua satu permulaan untuk semua termasuk calon yang berjaya tu. Dunia sekarang ni banyak cabarannya. Silap langkah kita tak kemana walaupun cemerlang tinggi melangit. Hidup ini bagaikan putaran roda jugak ~kejap di atas kejap di bawah. ~ 

Tahniah kepada semua !!!

Wednesday, March 23, 2011

:: alamak ~ topik sama je ... boringnye ~ ::

Salam,

Anda blogger baru? Hahaha~ macam iklan plak aku rasa. Kenapa tajuk post ni macam tu ek? Adusss ... Memandangkan aku pun seorang blogger yang baru je memasuki dunia blog ni dah tentu banyak topik@entri@isu yang sama dah dipostkan oleh blogger lain. Maklumlah ~ mereka kan blogger terdahulu ... apa-apa tajuk yang kita nak tulis mesti dah belambak dalam Google.

Tapi itulah namanya cabaran. Sebelum aku jadi blogger ni aku buat research jugak dan baca blog-blog yang ada especially Malaysian punya blog. Banyak blog-blog otai wooo ~ macam-macam jenis blog ada. Blog cerita peribadi, artis, dunia, IT, umum dan sebagainya. 

Jom cari kelainan dalam blog kita~
Susah jugak kan~ aku pun sekarang ni masih lagi usha-usha dan belajar macam mana nak cari tajuk yang sesuai pastu nak letak kita punya title jadi paling atas dalam Google search. Apa yang pasti kalau sumber post yang kita published tu dari sumber lain kita nyatakanlah sumbernya dari mana. 

Kalau kisah peribadi mungkin tak jadi masalah sangat nak cari topiknya sebab hal sendiri kan. Post jela ~ hehehe ~ tapi kalau topik-topik yang sedang hangat dibincangkan atau isu-isu semasa kena pandai nak olah ~


Nak tarik pembaca kita mesti ada sesuatu yang menarik dalam tulisan kita barulah orang nak singgah blog kita. Betul? Cuba kita cari satu kelainan dalam blog kita. Tapi perlu diingat ada jugak blogger otai yang postkan isu-isu yang biasa yang orang lain pun tulis jugak tapi kenapa blog dorang popular? Hurmm ~ kata orang simple tapi berisi.~ 

Lagi satu mesti ada kesabaran. Jodoh tak kemana~ tak lari gunung dikejar ... boleh pakai ke ayat tu? Hahaha ~ Aku doakan kepada semua blogger baru termasuk diri aku sendiri semoga kita mencapai objektif, misi dan visi blog masing-masing.

:: bagaimana facebook boleh menjadi barah ::

Salam,

Tengok tajuk macam seram je tapi sebenarnya bukan barah penyakit dalam tubuh kita. Ini penyakit FB@ facebook yang menjadi isu berat bagi sesetengah orang. Boleh jugak dikatakan untuk sesetengah syarikat. Hehehe~

Ini berdasarkan pengalaman aku jugak masa mula-mula bekerja. Masa tu kebetulan baru ada FB dan kawan-kawan sekolah lama memang aktif. Ceritanya dekat office aku ni dulu takde block pun laman FB ni. Sebab itu semua kerja tak jalan. Macam mana? dah kalau dari pagi sampai ke petang tengah syok FBooking camne la nak buat kerja.

Sampai satu ketika aku rasa perbuatan aku tu salah sebab dah buang masa dalam bekerja. Kebetulan masa tu memang kerja banyak dapat jugak aku lupakan FB sebentar. Sekali sekala baru bukak. Tapi aku tengok kawan kerja lain tetap juga berFB. Bukan dengki tapi kalau kerja siap takpela jugak. Akhirnya FB kat tempat kerja aku sekarang dah kena block. Bagus jugak aku rasa ~ hehehe ~

Kenapa aku katakan FB ni jadi barah? Pernah tak baca berita seorang ibu secara tak sengaja ke sengaja aku tak pasti telah membunuh baby dier sendiri sebab syok main game FB. Maaf aku lupa sumber berita tu dari mana tapi ia betul berlaku. Ada juga di sesetengah negara yang pecat pekerja sebab terlalu asyik dengan FB sampai keje satu pun tak siap. Kat Malaysia aku tak dengar lagi.

Pada sesiapa yang belum bekerja ataupun kerja dier full time update FB ke blogging ke takpe. Tapi perlu diingat jugak kesihatan tu kena dijaga. Tak pasal-pasal mata rosak sebab mengadap komputer je 24 jam. Kerja tu satu amanah dan perlu kita jaga. Takut nanti tak berkat pulak gaji kita tu. Tepuk dada tanya selera ~ 

:: sewaktu aku SPM dulu ~ ::

Salam,

Mesti korang semua tau arini keputusan SPM akan dikeluarkan. Eh ~ aku rasa dah keluar dah saat aku taip post ni. Hehehe ~ anyway mesti ramai blogger lain yang update pasal SPM hari ini. Aku pun mestilah teringat jugak masa aku SPM dulu. Nak tau result aku? Malu la ~ hahahaha ~ :D

Hari ini sepupu aku ada sorang yang akan amik result. Semoga berjaya hendaknya~ teringat balik masa aku di tingkatan 4. PMR aku takdelah cemerlang sangat tapi Alhamdulillah dapat la 4A dan masa tingkatan 4 aku sepatutnya masuk kelas sains. Kelas sains ada 4. 2 kelas pertama ada subjek Biologi dan 2 kelas lagi tu subjek Bio ganti dengan subjek IT. Aku ni budak kelas sains 2 yang pertama tu tapi akhirnya tukar ke kelas IT. Kenapa?

Sebab aku takleh nak satu kepala la dengan budak-budak yang extremely pandai ni .~ cewah ~ serius beb aku tak pandai nak follow rentak dorang yang siap kerja rumah on-time. Aku ni pemalas ~~ ok habis cerita tu. Yang aku nak kongsi pasal SPM aku ialah subjek MATEMATIK aku ~ ha ~ macam saspen je ...

Jujurnya dari tingkatan 4 sampai percubaan SPM tingkatan 5, aku tak pernah lulus subjek Matematik. Percaya tak? Matematik tambahan jangan nak cerita la sebab memang dalam slip SPM aku tulis '9',  korang faham-faham je la.

Waktu aku amik result SPM dulu aku dah berserah Matematik aku dengan Matematik Tambahan aku gagal. Satu tu memang kena target tapi ~ tapi ~ tapi ~ Math aku lulus! Alhamdulillah ~ :) Mula-mula aku silap tengok nombor 9 tu kat subjek Math tapi rupanya Math aku dapat 5C ~yang gagal tu Matematik Tambahan~

Ada lagi ... aku tetiba frust sebab BM aku dapat 5C jugak ~ sob3 ... :'( yang tu memang aku target A la tapi tak dapat. Takde rezeki nak buat macam mana. Overall SPM aku takde A tapi aku nak pesan kat adik-adik di luar sana jangan putus asa! Banyak tempat yang offer kalau nak further study walaupun tak cemerlang.

Semoga berjaya kepada semua yang amik result SPM hari ni. Ingat ~ ini baru permulaan kepada anda semua. Masih jauh lagi perjalanan nak menimba ilmu. Ilmu yang ada di bumi Allah ini hanyalah seperti setitis air di lautan. Air yang setitis itulah yang kita cari. ~ InsyaAllah ~

Tuesday, March 22, 2011

:: hari ini hari air sedunia - 22 mac 2011 ::

Salam,

Aku rasa mesti ramai yang perasan kalau aku kata hari ini, Selasa 22 Mac 2011 adalah hari air sedunia. Ingat tak? Hehehe  ~

Air ... sumber kehidupan yang penting dalam kehidupan kita. Terdiri daripada molekul kimia H2O dimana ada dua atom Hidrogen dan 1 atom Oksigen bila bercampur maka itulah yang kita sebut sebagai air dan bentuknya adalah cecair.  Sifat air yang yang neutral tidak berwarna, tiada rasa dan tidak berbau. Tapi kalau air laut tu masin la jugak.

Hari air sedunia disambut sebagai usaha untuk menarik perhatian untuk seluruh penduduk dunia akan kepentingan sumber air bersih dan mengajak kita semua untuk memelihara sumber-sumber air yang ada. Maklumlah kat Malaysia sekarang ni pun dah banyak sangat sungai yang tercemar dan mungkin satu hari nanti generasi akan datang susah nak dapatkan air bersih.

Tema sambutan hari air sedunia tahun ni adalah 'Water for Cities Responding to the Urban Challenge' dan Malaysia jugak menyambut sambutan ni cuma disambut lebih awal di Pekan River Front, Pahang pada 12 Mac yang lepas. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal hari air sedunia boleh klik link ni http://www.worldwaterday.org/ dan macam-macam info kita boleh dapat. 

Dalam Khutbah Jumaat yang lepas kat Masjid Negara juga menceritakan tentang air. Korang boleh klik kat link ni http://rudyson7.blogspot.com/2011/03/mensyukuri-nikmat-air.html  atau search je dalam blog aku ni. Jom kita sama-sama memelihara kebersihan sumber air di negara kita ni. Air yang bersih juga adalah asas kepada kesihatan yang baik.

:: sebelum dan kenapa aku menjadi blogger ~ ::

Salam,


Huarghhhh ~ ooppss ~ maaf ... hehehe ~ pagi-pagi ni bangun tatkala hujan ni syok jer. Teringat plak kenapa aku jadi blogger ... Mesti semua blogger dah post topik macam ni tapi kat sini kita dengar kisah aku plak . Dah nama pun blog aku ~ hehehe ~

Waktu zaman sekolah dulu aku memang tak suka nak ada MySpace ke Friendster ni sebab bukan ada masa nak update pun tambah plak aku tak suka nak share kisah merepek-merepek cam budak2 lain. Pernah satu ketika aku fobia dengan komputer sebab aku pernah rosakkan komputer pertama aku. 


Tapi lepas abis belajar dan keje sekarang ni barulah terbukak pintu hati nak ada social network account then aku bukak la FB sebab memang tengah Hot semua orang ada. Memang best dapat jumpa balik kawan-kawan sekolah lama sampai kitaorang buat gathering dan semua aktiviti update kat situ. Lepas FB? Blogger la pulak ~ 


Memang sebelum ni kalau cari info dalam web aku selalu perasan info dari blog ni tapi aku kurang yakin la sebab pendapat masing-masing kan. Memandangkan aku perasan diri aku ni suka sangat berfikir walaupun benda yang kecik-kecik, terfikir aku nak buat blog. Uishhh ~ aku buat research dulu sebelum buat blog ni. Aku baca-baca dulu blog otai2 kat Malaysia ni dan sebagainya.. 




Lepas tu wujudlah blog rudyson7 ni ~bila dah ada blog ni barulah aku faham bukan senang nak jadi blogger yang berjaya dan tarik pembaca. Banyak topik yang aku nak kongsikan tapi kadang-kadang masa tak mengizinkan ~ walaupun blog ni adalah berdasarkan kebebasan bersuara tapi kita perlu ingat jugak jangan masukkan isu-isu sensitif. Silap-silap kena saman nanti ~ 


Apapun aku harap apa yang aku kongsikan dalam blog ni selain dapat memberi manfaat dan panduan untuk semua. Aku berharap pembaca blog aku ni akan terus bagi sokongan. InsyaAllah ~ 

Monday, March 21, 2011

:: bila hati sudah tak suka ~ ::

Salam, 

Bak kata orang, kalau bercinta tu cium bau ken*** pun wangi. Tapi yang ni nak cerita lain sikit. Bila hati sudah tak suka dekat seseorang tu mesti segala benda yang berkaitan dengan orang tu kita tak suka. Ini bukan termasuk kategori dengki tau ~ hehehe ~ 

Benda ni biasanya berlaku dalam bab kerja. Tak kira la kerja pejabat ke kerja buat assignments sama-sama dan kerja-kerja lain la. Tambah pulak orang yang kita tak suka tu adalah bos. Oooppss ~ kalau bos jangan buat main wooo ~ 

Perasan tak korang selalunya kita memang tak suka nak buat kerja dengan orang yang kita tak suka? Kalau students tu bila bab buat tugasan berkumpulan mula la sibuk nak cari geng yang 'satu kepala'. Kot la dapat ngan musuh habis tak jadi apa~ hehehe ~ 

Aku sendiri pun selalu berhadapan dengan situasi macam ni. Masa aku belajar dulu pun sama. Kalau dapat geng yang tak satu kepala aku ikut la rentak dorang abis cerita. Janji kerja siap. Bila aku dah kerja ni pun sama. Politik sana sini. Bila aku cadang itu ini semua kasi potong nak pakai idea masing2, aku pun follow je la~ kuli level should be no problems~ 

Aku ni bila tau kawan-kawan yang aku kenal tak suka dengan diri ni aku rasa sedih sebenarnya. Bukan apa, tak suka la buat musuh. Pernah satu ketika aku dapat tau senior aku sibuk mengata aku itu ini panasss jugak sekejap. Tapi bila siasat balik kes dengki rupanya. Kalau bab dengki tu ko biorkan saje la ~ tak dapek nak menolong. Kalau dilawan nanti makin tinggi api yang membara. Kalau kita yang buat silap sampai orang tu tak suka baik kita minta maaf dan berbaik semula.

Sebagai manusia dah tentu kita ada hati dan perasaan kan. Kena la jaga jugak. Andai kata kita benci sangat dengan seseorang tapi kena bekerja dengan dier, cuba ikut rentak dier ataupun cuba cara yang terbaik supaya kita OK untuk kerja sama-sama. Lupakan sekejap bab peribadi. Hehehe ~ 

Kalau dah memang tak boleh jugak? Cubalah elakkan untuk bekerjasama. Takut nanti jadi lain plak. Kerja entah ke mana habuk pun takde. Luas lagi sebenarnya bab bila hati tak suka ni. Kalau dibincangkan pasal cinta laaaagi banyak ceritanya. Hehehe ~ 

Apapun ikhlaskan hati dan lakukan setiap perkara dengan niat semua kerana Allah. Hanya Allah sahaja yang akan membalas kebaikan dan keburukan yang kita lakukan ~ 

Sunday, March 20, 2011

:: i'm single if you're rich ~ perghhhhh !!! ::

Salam, 

Teringat kembali waktu aku jadi Exhibitor untuk Asia e University kat Star Education Fair 2011 kat Penang hari tu. Aku nampak seorang amoi ni pakai t-shirt yang tertulis ' Im Single if You're Rich' ... memang terbaik ayat tu. Tapi ~ terfikir sejenak ada ke orang yang macam tu?

Jangan jadi macam ni tau ~
Amoi tu tak salah pun sebab dier pakai jer t-shirt tu. T-shirt sekarang ni macam-macam design dan tulisan ada. Yang lucah pun ada. Ish3  ~ memang tak patut. ~ kalau nak tengok ayat kat baju tu sebenarnya ditujukan kepada sape? Mestilah lelaki kan kan kan? Untuk lelaki pun boleh ~  Apa maknanya tu? Mesti la semua faham kan ~ hehehe ~ 

Apepun harap-harap kita tak tergolong dalam kategori ayat tu. Aku percaya ramai yang setuju kalau dikatakan ramai orang sekarang ada sifat macam ayat tu tak kira la lelaki ke perempuan. Boleh kata kategori pisau cukur dengan kaki kikis ... dahsyat ~ 

Kaya bukan bermakna boleh beli semua benda. Ini bukan kaya makan dengan roti eh tapi kaya duit. Walaupun sebanyak mana duit dan harta yang kita ada tak semestinya boleh beli kebahagian. Memang betul zaman sekarang ni kalau takde duit mungkin susah nak hidup tapi percayalah Allah itu akan bagi rezeki kat kita. Berdoalah sentiasa agar dimurahkan rezeki dan ingat carilah rezeki yang HALAL ~ 

Ayat tu memang nampak menyampah sikit. Berdoalah kita semoga ditemukan dengan jodoh yang baik yang tahu untuk hidup susah dan senang bersama-sama. Takkan la bila ada yang lagi kaya je terus jadi single. Sampai dah kerepot pun orang yang kaya tu nak ke kat kita? Hahaha  ~Kita kat dunia ni kan sementara je. Yang penting Allah berkati hidup kita di dunia dan akhirat. Amin ~

Saturday, March 19, 2011

:: hikayat merong mahawangsa ~ memang antarabangsa ::

Salam, 

Mungkin aku sedikit lewat kalau nak komen pasal filem melayu yang tengah meletup kat panggung wayang sekarang ni yakni Hikayat Merong Mahawangsa. Aku baru tengok tadi daaa ~ hihihi ~ Pertama sekali aku nak ucapkan TAHNIAH kepada KRU sebab dapat menghasilkan sebuah filem yang hebat. 

Filem Merong Mahawangsa ni memang seronok untuk ditonton tambah pulak ia merupakan salah satu cerita sejarah negeri Kedah pada zaman dulu. Berbalik kepada jalan cerita yang ditonjolkan tiada apa yang berbeza dengan filem-filem epik yang lain sebab ia lebih berdasarkan buku dan jalan cerita itu memang sudah sedia ada. 

Sikit je komen daripada aku tentang filem ni sebab macam yang kita tahu KRU antara pengeluar filem kat Malaysia ni yang banyak guna teknik Computer Generated Imageries (CGI) dan kesan visual. Kawan kepada kawan aku kata filem ni sama je macam Cicakman tapi aku tak percaya la sebab tengok trailer pun dah dapat pikat nak tengok filem ni.Teknik CGI dalam filem ni lebih baik berbanding filem Cicakman cuma ada jugak babak yang menampakkan kesan CGI tu.

Seperti yang aku jangkakan, sama macam dalam filem Magika, sedikit sebanyak babak-babak dalam kedua-dua filem ni boleh dikatakan diambil ilham daripada filem-filem negara lain termasuk filem epik dan komedi. Aku ni bila tengok filem kadang-kadang ingat je mana babak yang best. Ada jugak babak yang jadi gelap atau kabur sikit sebab teknik CGI. Tapi itu semua tak jadi masalah sebab citer tetap best!

Dalam berita akhbar yang ditulis sebelum filem ni released kat panggung, KRU dah promote filem ni dekat Pasaran Filem Eropah (EFM) Februari lepas dan ramai pengedar filem dah tempah untuk tayangkan kat negara dorang. Filem ni memang layak ke persada antarabangsa walaupun kos penghasilannya amat minimum.

Secara keseluruhannya filem ni adalah antara filem terbaik Malaysia yang wajib ditonton oleh semua. Aku rasa nak pegi tengok lagi sekali la sebab banyak ayat-ayat dalam cerita ni seronok bila didengar. Kepada semua di luar sana ... jom kita menonton Hikayat Merong Mahawangsa ~ Tahniah KRU!

Friday, March 18, 2011

:: lipatan USD 20 ... kebetulan atau? ::

Salam, 


Mungkin ada antara kita yang pernah dengar tentang lipatan duit US Dollar 20.00 yang menampakkan kejadian 11 September 2001 sewaktu bangunan World Trade Centre Towers kat New York City kena serang. Well ~ aku tak pernah tengok lagi sebenarnya tapi baru-baru ni aku dapat email gambar lipatan duit tu. Jom tengok kat bawah ni:


Lipatan pertama:



Lipatan kedua:
Lipatan ketiga:

Cuba tengok betul-betul gambar tu menunjukkan Pentagon terbakar ~ 


Seterusnya terbalikkan dan tengok bahagian belakang pulak:


Betul kan? Aku pun tak pasti la perkara ni sebab aku takde duit USD 20 tu kalau nak cuba lipat pun ... hehehe ~ Ada lagi ... tengok ni:






Adakah ini semua secara kebetulan atau? 

:: mensyukuri nikmat air ::

Salam,

Alhamdulillah di hari Jumaat yang mulia ni kita masih diberi peluang oleh Allah untuk dapat terus hidup dan menghirup udara di bumi ini. InsyaAllah untuk minggu-minggu yang akan datang aku ingin berkongsi isi kandungan khutbah Jumaat melalui blog ini semoga ia dapat memberi ilmu dan kita dapat sama-sama belajar untuk aplikasikan dalam kehidupan kita seharian.

Seperti biasa aku solat Jumaat kat Masjid Negara memandangkan dekat ngan tempat kerja. Aku biasa jalan kaki je ke sana. Tajuk khutbah minggu ni 'Air Khazanah Allah yang Tidak Ternilai' . Air sesuatu yang penting untuk semua kehidupan ciptaan Allah. Termaktub juga di dalam Al-Quran bahawa setiap makhluk yang hidup bergantung kepada air.

Lihat balik kepada aktiviti harian kita pada hari ini kita menggunakan air untuk mandi, wuduk,  membasuh, memasak, minuman dan sebagainya termasuk untuk kegunaan industri dan perubatan. Kita bersyukur sebab Malaysia amat bertuah bukan saja kerana terlindung dari Lingkaran Api Pasifik yang menyebabkan gempa bumi tapi juga iklim Khatulistiwa memberikan kelebihan sumber air serta hujan yang banyak.

Walaubagaimanapun hari ini kita lihat akibat daripada sikap negatif manusia dan kemajuan sains dan teknologi yang kurang terkawal menyebabkan bencana seperti banjir besar, gempa bumi serta keadaan cuaca yang tak menentu. Kebanyakan sumber air seperti sungai, hutan rimba dan gunung-ganang dah banyak yang tercemar. Walaupun sumber air tak pupus tapi kita bimbang air yang selamat digunakan semakin berkurangan.

Untuk pengetahuan semua kita akan menyambut Hari Air Sedunia pada hari Selasa, 22 Mac 2011. Boleh lawati laman web ni untuk tahu lebih lanjut : http://www.worldwaterday.org/

Ingatlah bahawa tidak mustahil Allah menarik balik nikmat yang telah diberikan kepada kita jika tidak menjaga dan menghargai nikmat itu dengan baik. Jom kita mulakan dengan menjaga kebersihan sungai kita dan juga berjimat-cermat dalam penggunaan air. Akhir kata semoga Allah terus memberikan nikmat yang baik kepada kita dan hidup diberkati dunia dan akhirat. 


*Sumber utama kandungan post ini adalah berdasarkan dari teks Khutbah Jumaat Masjid Negara bertarikh 18 March 2011

Thursday, March 17, 2011

:: 10 yang pertama ~ Arigatougozaimas !!! ::

Salam, 

Alhamdulillah hari ni follower blog rudyson7 dah ada seramai 10 orang. Walaupun nampak jumlahnya kecil jika nak dibandingkan dengan blogger-blogger otai atau blogger baru lain tapi aku amat menghargai mereka. Ribuan terima kasih kepada mereka-mereka ni ~:

1. Nur 'Amira 
2. Hanie Hanafiah
3. Rosie
4. Nour Akmal Kamil
5. Siti Mastura Rubiyaton
6. Umie
7. Anisa
8. Deya_Clara
9. Fariana Chew
10. Syima Abdul Raaif 

InsyaAllah aku akan terus kongsikan kotak fikiran dan pelbagai cerita dalam blog rudyson7 ni. Semoga dapat jadi panduan dan hiburan untuk semua. 

Terima kasih. Thank you. Arigatougozaimas~

:: teringat kenangan 'aweks' lama ::

Salam, 

Duduk diam-diam di petang hari membuatkan aku teringat kat 'awek-aweks' aku yang lepas. Tapi~ jangan salah anggap pulak ... 'aweks' yang aku maksudkan tu ialah motosikal-motosikal aku yang lama. Hohoho ... macam banyak pulak motor yang aku ada. 

Al-kisahnya setakat ni aku dah ada 3 bijik motor. Aku bertuah sebab motor aku yang pertama aku dapat masa sekolah menengah lagi. Terima kasih kat mak ayah aku sebab belikan motor. Tapi motor tu bukanlah motor yang baru ~ hehehe ~ motor pakcik aku je ... Model motor aku yang pertama adalah Kawasaki KIPS 150cc Victor Jazz . Motor ni memang jarang dah orang pakai sebab model dah lama sangat dah tapi memang tahan lama. 

Kawasaki KIPS Victor Jazz 150cc


Selepas ada motor KIPS tu aku beli motor aku yang kedua waktu masih belajar kat Politeknik. Motor ape? Skuter Suzuki VS 125. Aisey aku memang minat skuter waktu tu. Tapi itu pun beli second-hand jugak ~ Kedua-dua motor ni memang amat berjasa kepada aku daripada aku sekolah menengah sampai la aku habis belajar Politeknik. Motor-motor tu la aweks aku.

Kebetulan riwayat awek-aweks aku tu sampai ke penghujungnya selepas aku tamat belajar. Waktu aku semester 5 & 6 dorang dah start sakit dah. Banyak jugak belanja nak bawak pegi jumpa doktor bengkel motor. Memang sejurus aku dapat keje kat tempat aku keje sekarang dorang dah takde dah. Ada tu ada la tapi takleh nak start dah pun jadinya tersadai la kat tepi umah. Sampai la akhirnya ada pembeli yang beli awek-aweks aku tu walaupun rosak. 

Suzuki VS 125 - Nampak garang ~


Ha! Sekarang awek aku yang setia ngan aku si Yamaha 125ZR warna merah. Tengok gambar kat bawah ni. Dier la awek yang baru aku beli tahun 2009. Masuk bulan 4 tahun ni dah 2 tahun aku ngan motor tu. Setia kan? Heheheh ~ Tahun ni jugak InsyaAllah abis bayor hutangnye ~ selepas ni kalau naik gaji barulah aku boleh consider nak cari awek yang besaaarr punya ~ hahahah ~ 

Yamaha 125ZR - Cun?


Impian aku nak cari awek besar tu tak lain tak bukan nak beli SuperBike lerr ~ tapi bak kata orang kalau banyak duit takpela nak beli tapi kalau biasa-biasa je baik beli kereta je sebab motor besar ni sama harga ngan kereta dah. Takpelah aku tunggu la motor-motor besar tu jual unit CKD (Complete Knock Down) mesti murah skit. 


Masih samar ... nama pun impian ~


Setakat ini dulu  ~ salam ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...