Pages

Tuesday, March 15, 2011

:: pengalaman kali pertamaku ~ syok habis !!! :: - bahagian 2

Salam,

Maaf kepada semua pembaca sebab tak sempat nak update post ni pasal trip aku ke Kuching, Sarawak. Alhamdulillah aku selamat sampai ke umah petang semalam. Tapi nak jugak share cerita 2 hari aku kat Kuching. Mana tau boleh jadi panduan untuk yang lain. Pagi hari Sabtu (12 Mac 2011) tu aku breakfast kat Cafe Harapan hotel aku nginap. Maklumla dah travel agent order skali breakfast sapu aje la. 1 bilik dier bagi 2 kupon. Aku breakfast ngan partner kat sini yakni Esther Joannes. Orang Sarawak tuk.

Semua biasa jer sebab aku ke Kuching ni kan atas urusan kerja tapi maklumlah bukan semua company nak antor orang bawahan ni travel jauh-jauh kan~ hee~ jadi hari pertama event Study Malaysia kat Kuching ni ramai jugak orang. Hari kedua pun sama. Untuk pengetahuan korang venue event ni kecik je sebab dorang custom lot parking jadi exhibition hall. Itu pasal la nampak ramai orang. Habis kerja hari pertama Esther bawak aku jalan-jalan tengok tempat nak beli kek lapis. Tengok je dulu tak beli pun. Hehe ~ tempat tu nama Kampung Boyan. Kebetulan kat situ aku nmpak satu kedai ni jual kentang pusing. Rasanya aku tak pernah nampak kat KL. Korang tengok gambar yang ada ni.

Aku di Kuching, Sarawak
Lepas tu Esther hantar aku balik Hotel tapi aku keluor balik jalan sorang pegi beli souvenirs untuk kawan-kawan ngan adik-adik sume la. Beli key-chain jer ~  Tak lupa beli kayu tas yang dikirim oleh kawan opis aku. Kalu tak silap kayu tas tu untuk elakkan binatang jenis serangga macam anai-anai ke semut masuk dalam umah. Malam hari sabtu tu aku keluor 2 kali. Mula-mula beli topup je sebab kenyang lagi tapi tengah malam aku keluar lagi untuk cari makan sebab baru rasa lapar. Makan Beef Stew ngan air susu kambing. Burrrppp ~

Hari Ahad (13 Mac 2011) macam biasa breakfast jugak ngan Ester dulu then pegi jaga booth. Orang sama ramainya macam hari pertama. Cuma hari tu lunch not provided. Makan kat luor la jawabnye. Nak rasa mee kolok tapi abis plak. Pastu order air Teh C Peng. Tau ape tu? Peng tu sama la kalau sebut cam beng maknanya ais or sejuk camtu la. Yang 'C' tu sampai la aku tak tau apa maknanya. Senang cerita air aku minum tu adalah Teh Ais. Hohoho ... Lepas abis event dengan segera aku pegi bergambor dekat tugu Kuching. Tak sah kalau tak bergambar kat sini kan. Baru la ada bukti aku ke Kuching. Hehe ~

Breakfast-Lunch-Dinner
Lepas tu baru lah aku pegi beli Kek Lapis Sarawak. Tapi kali ni aku naik bot. Semalam nek kete. Syok naik bot crossing the river kat Waterfront tu. Tambang dier 50 sen sekali jalan. Sakan aku beli kek lapis sekali ngan ikan terubuk masin sarawak. Harga kek lapis cuma RM 10 satu. Macam-macam rasa ada. Kat Kampung Boyan ni ada foodcourt. Malam memang penuh orang. So malam tu aku naik bot lagi ke sana. Tapi malangnya aku beli tapau je ~ cian aku nak makan sorang-sorang. Yang best tu kat sini kira family business. Mak jaga kaunter. Tukang masak. Pastu pelayan dier semua anak-anak dara dorang comel-comel je.  Oooppppsss ~ Masih belajar lagi rasanya.

Aku beli Mee Kolok ngan Nasi Tsunami. Menarik kan menu dinner aku? Yang kelakar plak bila sampai hotel aku lupa sudu garpu semua mana la ada~ kena la call Kitchen suh antor mangkuk ngan sudu garpu. Lepas makan tido la~ Hari Isnin pun tiba menandakan aku nak kena balik KL ~ flight aku pukul 11.55 am. Esther jugak la yang ngantornye~ tapi pagi tu sempat lagi snap gambar kat Waterfront tu. Hehehehe ~ aku sampai LCCT lebih kurang pukul 1.30 pm then naik bas ke KL Sentral then naik teksi balik umah ~ Alhamdullillah ~ tu la sedikit sebanyak pengalaman aku pertama kali naik kapal terbang ngan ke Kuching. Doa-doa ada la peluang nak ke Kota Kinabalu pulak. Sape-sape nak share ke nak tanya pasal Kuching meh la tanya ~

2 comments:

  1. wahhh..bestnya la..
    mne buah tgn nya..??nak3...!!!

    ReplyDelete
  2. Cik akmal ~ x beli banyak la ~ len kali I pegi I kasi ok ~ hehehe ~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...