Pages

Sunday, May 15, 2011

blogging mobile dengan BlogWriter

Assalamualaikum,

Apa khabar kawan2 ? Ececece ~ semua sihat? InsyaAllaah semua sihat ye ... hee ~

Ha~ ada sesuatu yang special pasal entry kali ni. Sebab ~ aku menggunakan tepon aku utk tulis blog! Yeah! ~ :D ...

Aku guna iPhone 3gs jer pun ... Sape2 yang guna iPhone paham la sebab application ni boleh digunakan untuk post entry dalam blog.

Application yang aku guna ni ialah BlogWriter Lite. Maknanya apps yang percuma.hehehe~ testing la dlu kan. Lite punya ni free so tak buleh nk letak gambor ke ape ~ muahaha ~

Ada jgk apps lain yang boleh guna dengan blogger tp harga mahal skit. Nanti aku testing2 dlu pastu baru aku beli ~

Ok ~ sampai sini dlu ~ senang la kalau boleh blogging mobile ni ... Terbaik ~~~

ada apa dengan nombor SEPULUH?

Assalamualaikum,



Dah lama rupanya aku meninggalkann blog aku ni ... balik2 blog aku tak up-to-date la kata mat salleh kan ... hee ~ tu yang prestasi kurang tu. Hahaha ~ .. maklumlah ... masih belum jadi blogger tegar lagi. Bila time rajin memang banyok benda nak post .

Bila aku kira-kira rupanya kali ni 10 hari aku tak update blog ~sorry la ek ... sedikit sibuk dengan kerja dan holiday ... ececece ~ alasan biasa la tu kalau blogger tak update blog .. hahahah ~ tu la maksud ada apa dengan nombor SEPULUH ... 10 hari tak update blog baru hari ni aku ada peluang nak jenguk ...

Takpe2 ... pasni aku nak post citer2 menarik yang berlaku ... muahahaha ~ nantikan ~~~ ... :D

Thursday, May 5, 2011

andai fikiran boleh terus ditaip ~

Assalamualaikum,

Ini fikiran aku 2 hari yang lepas. Sebagai blogger aku rasa mesti semua nak benda ni kalau berlaku. Apa dia? Korang baca tak tajuk entri ni ? Hehehe ...

Cuba korang bayangkan kalau apa yang korang fikirkan boleh terus automatik ditaip masuk dalam komputer. Tak payah korang nak penat2 taip kan? Tambah plak boleh wireless. Tak pun guna radio frekuensi so bila2 masa jer korang boleh update blog korang ..




Hahaha ... :D ... kedengaran agak mustahil tapi rasanya teknologi tu sudah ada. Lagipun takde apa yang mustahil kat dunia ni dengan izin Allah . Hehehe ~

Kalau betul la boleh mesti syok je sebab aku ni selalu dapat idea dan ayat2 aku nak update blog ni waktu aku tengah tunggang motosikal. Time tengah berangan ke ... tengah mandi ke ... ooppss ... sekarang ni bila nak update je mesti aku lupa ... hurmmm ~sekian ...

page baru rudyson7 - Al-Quran

Assalamualaikum,

Terlupa aku nak khabarkan kepada korang semua bahawa aku ada buat satu page baru dalam blog ni. Kalau sebelum ni ada satu page aku letak biodata aku. Tapi aku dah tarik balik sebab aku nak sediakan dalam satu bentuk yang menarik. Hehehe ~

Page yang baru ni ialah 'Al-Quran' . Kenapa nama page tu macam tu? Ha ... sebab dalam kita meluangkan masa membaca blog-blog yang ada boleh la sambil dengar bacaan ayat-ayat Allah. Terima kasih kepada listen2quran.com yang sediakan platform flash dan audio bacaan Al-Quran.

Terima kasih juga kepada sebuah blog yang mana aku terjumpa web tu. Aku tak berapa ingat nama blog tu sebab aku terjah dan tutup. Hehehe ... Jom luangkan masa mendengar dan kalau boleh ikut sekali baca. Boleh dapat pahala. Amin ~ 

Tuesday, May 3, 2011

hujan yang rahmat dan ujian

Assalamualaikum,



Dah beberapa hari ni pagi petang hujan je sekitar Lembah Klang. Petang tadi pulak hujan teramat lebat sampai satu opis aku jenguk tingkap nak tengok ujan. Gelap betol pastu angin memang kuat. Lepas tu apa lagi bunyi Ambulans pun bersiung la sampai siren tahap maksima.

Aku pun menjenguk lama jugak tengok pokok-pokok yang goyang sebab angin kuat meniup. Terfikir sejenak betapa bersyukurnya kita di Malaysia yang beriklim Khatulistiwa. Taburan hujan yang baik walaupun musim kemarau melanda.

Hujan adalah satu rahmat yang Allah turunkan untuk kita semua. Kita semua tentu perlukan air untuk hidup dan hujan adalah salah satu sumbernya. Tapi jangan kita lupa hujan juga boleh jadi satu ujian untuk kita. Contoh paling baik bila hujan yang berpanjangan sampai mengakibatkan banjir besar. Ya betul. Itulah yang menjadi ujiannya.

Penunggang motor macam aku ni pun selalu tersekat tatkala hujan. Selalunya bila balik kerja tu hujan tengah jalan habis kuyup sampai ke rumah. Hehehe ... dalam hati selalu berdoa supaya aku sampai umah dulu sebelum ujan lebat. Tapi sudah kehendak Allah kena terima la ~ :)

Lagi satu bila hujan lebat ni banyak kemalangan yang berlaku. Kalau tak percaya korang tengok la bila hujan ataupun selepas hujan mesti banyak Ambulans kat jalanraya. Itu pulak masuk bab manusia sendiri yang kadang2 tak sedar diri bila hujan pun nak bawak kete ke motor laju.


Hujan boleh akibatkan kemalangan


Hujan boleh akibatkan banjir besar


Tujuan entri aku ni saja nak ingatkan kita semua rahmat yang Allah beri ini perlu kita syukuri dan bila ia menjadi musibah untuk kita jangan pulak kita marah-marah sebab ada hikmah di sebaliknya.Oh lupa nak cerita baju hujan aku penah kena curi tahun lepas. Harap-harap siapa yang curi tu dalam keadaan baik sekarang ni sebab takut dia pakai benda haram lain plak jadinya .

Sekian ...

*Sumber gambar adalah dari Google

blog rudyson7 kurang menarik . ayat tak best ?

Assalamualaikum,



Apa khabar semua? Hehehe ... aku pun tak tau nak mula dari mana tapi tetiba teringat pulak waktu aku berborak ngan adik aku semalam. Dia tunjuk blog kawan dia. Blogger baru jugak tapi follower dah lebih ramai skit dari blog aku yang tak seberapa ni. Traffic pun boleh tahan.~


Aku pun bertanya adik aku cmni ... 'Blog aku boring ke? ' dengan selamba adik aku menjawab ... 'Mungkin la. Ayat ko tu cam tak best kot' ... lalu aku bertanya lagi ... 'Ko selalu baca tak blog aku?' ... dengan pantas adik aku kasi jawapan camni ... 'TAK' ... Cis! Rasa macam nak gigit kertas plak ... hahaha ~

Sebenarnya kadang2 aku pun rasa camtu jugak. Tapi terus terang aku cakap aku ni kadang2 jenis yang ikut peraturan. Boleh kata aku takut tersilap fakta ke atau apa-apa yang aku tulis mendatangkan mudarat kat aku atau orang lain. Mudarat tu sama la maknanya dengan 'Masalah' . Hee ~lagi satu kena ingat Allah . Takut2 nanti tak sedar apa yang aku sampaikan jadi dosa untuk aku.

Ramai yang kata blog ni salah satu cara untuk kebebasan bersuara dan banyak lagi tujuan blog ni. Macam-macam. Blog aku ni pun stakat ni belum ada identiti yang khusus. Tapi aku memang suka baca blog yang isinya lebih ringan dan blog bab agama lebih utama jadi pilihan.


InsyaAllah aku cuba sampaikan sesuatu yang menarik, berilmu dan bermanfaat untuk semua. Aku jugak nak kongsikan blog2 yang aku baca ngan korang nanti. Kurangkan kontroversi dan tingkatkan keimanan diri. ~ Sekian ...

Monday, May 2, 2011

kalau tak promote blog memang tak laku ~

Assalamualaikum,

Mata dah ngantuk tapi nak jugak aku update blog aku ni. Kali ni aku saje nak citer pasal blog2 yang aku singgah. Tapi tak ingat dah la blog mana sebab dah lama. Masa aku mula2 jadi blogger mesti la rajin baca blog. Sekarang ni busy sikit so sempat baca yang aku follow je ~

Apapun just nak btau korang aku ada singgah blog2 yang usianya antara 3-5 tahun tapi follower dier agak kurang. Pelik jugak kan ~ tapi ada pulak antara blog tu follower memang tak ramai tapi traffic memang tinggi gila. Ha ~ macam-macam kan ...

Kalau nak dibandingkan dengan blog aku ni apa la sangat. Dua-dua kriteria tu aku ada cuma usia masih muda jadi aku kena usaha lebih. Kena cari bahan2 yang menarik pembaca. hehehe ~ pendapat aku la kalau blog2 yang aku singgah tadi tu promote blog diorang sure makin tinggi traffic ngan follower. Sebab updated je pun blog dorang .

Promotion tetap penting. Bila dah dikenali ramai besok lagi susah sebab nak kena maintain best bila ramai dah follower . Hahaha ~ kepada blogger baru , welcome to blogger world. Mintak tunjuk ajar dari korang dan jom kita sama2 belajar dari senior ~

Channel terbaik nak promote blog melalui FB, Twitter dan macam la termasuk ngan otai2 blogger. Rajin2 la comment blog dan mungkin korang pun boleh masuk majalah ~ jangan lupa untuk ada identiti sendiri dalam blog korang ~ ... selamat mencuba ... kalau ada tips2 lain sila la share ... aku pun newbies jugak ~hehehe~

Sunday, May 1, 2011

1 lawak 1 Malaysia !!!

Assalamualaikum,

Sedang aku mengemas bilik aku siang tadi, terjumpa buku adik aku. Buku apa? Buku 1 Lawak 1 Malaysia. Belek punya belek punya belek menarik jugak lawak2 dalam buku ni. Tapi jujurnya kalau di 'convert' jadi lakonan baru dapat feel lawak tu. Hehehe ~



Kalau bab lawak ni bila membaca effect dier kureng sikit melainkan content dier betul2 best! hahaha ~ Kira lawak dalam buku ni boleh buat skrip cerita. Buku ni diterbitkan oleh LUT'S CREATION dan diedar oleh DAUS BOOK CULTURE. Rasanya buku adik aku ni jilid 2 sebab ada nombor 2 kat buku tu. Hahaha ~

Takde tulis Copyright dalam buku ni jadi boleh la aku share ngan korang ye ~ nantikan lawak2 yang terdapat dalam buku tu .. ~ chow cincau ~

selamat hari pekerja 2011 !!!

Assalamualaikum,



Mesti semua tengah rileks-rileks duk kat rumah kan ? Maklumlah hari ni kan cuti hari pekerja. Maknanya semua sedang bercuti. Aku yang selalu kerja hujung minggu pun cuti hari ni. Rasanya dah lama aku takde cuti weekend. Penat jugak wooo ~

Entry ni khas untuk semua rakan dan keluarga dan semua la sebab aku nak ucapkan Selamat Hari Pekerja 2011 ! Tapi mana yang keje bahagian retail macam aku dulu hari ni mesti korang bekerja jugak kan .~ takpe ... bayar triple beb ... hehehe ~

Yang bestnya kali ni Hari Pekerja jatuh hari Ahad hari ni so dapat la ganti besok cuti skali kan~ seronok negara kita Malaysia ni sebab memang baaaanyyaaakkk cuti. Best! ... hahaha~ Ok la ~ memandangkan arini cuti aku nak cuci baju kemas bilik . Orang bujang la katakan ~ baru je rendam 2 baldi kain baju. Besok 2 baldi lagi .. oooppss. ~

Selamat bercuti semua ... mana yang bekerja tu selamat bekerja lah kan ... kalau nak baca asal usul Hari Pekerja ni disambut boleh klik SINI

Terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...