Thursday, March 24, 2011

:: k.e.s.i.h.a.t.a.n ::

Salam, 

Selain daripada aku tuliskan kotak fikiran dan cerita aku dalam blog yang tidak seberapa ni aku nak kongsikan jugak bab kesihatan. Mula-mula sekali aku nak bagitau korang aku ni bukanlah seorang yang suka membaca tapi suka belajar agama dan kali ni aku baru beli buku tulisan Dr. Adi Hashman bertajuk Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit. Walaupun aku belum habis baca buku ni tapi bab pengenalan pun dah bagi ilmu dan intipati yang banyak. 

Kenapa aku beli buku ni? Sebab aku ingin tahu rahsia formula kesihatan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Mungkin ramai yang perasan masa kini ramai yang tinggalkan sunah dan ramai jugak yang berbahas mengenai sunah Nabi. Carilah sumber yang sahih dan jom kita sama-sama amalkan sunah. Setiap yang Allah perintah dan Nabi lakukan pasti ada rahsia di sebaliknya termasuklah untuk kesihatan. 

Banyak penyakit-penyakit baru yang muncul zaman sekarang ni sampai ada penyakit yang baru ditemukan penawar berevolusi jadi lebih sukar untuk dirawat. Keadaan persekitaran pun turut jadi faktor. Belum sempat satu kes penyakit selesai sudah ada penyakit baru. 

Bab pengenalan buku ni juga ada dituliskan Rasulullah ternyata bukan doktor walaupun banyak kaedah perubatan yang dinamakan sebagai 'perubatan cara Nabi'. Secara lahirnya juga Quran bukan himpunan yang berisi indeks rawatan perubatan walaupun Quran digunakan untuk menyembuhkan penyakit.

Panjang lagi kalau aku nak ceritakan sebab bab pengenalan je ditulis sebanyak 23 muka surat. Tapi aku nak petik sikit moto yang penulis ni ulas:

"Beribadah apa yang baik dan benar. Antara manfaat yang akan kita petik adalah kesihatan jasmani dan rohani yang terpelihara."

InsyaAllah dalam post yang akan datang aku akan kongsikan lagi bab-bab kesihatan daripada buku ini. Sumber-sumber lain juga akan turut dirujuk. Sekian dulu~ jom kita pelihara kesihatan kita dengan baik. Sentiasalah berdoa pada Allah agar kita diberi kesihatan yang baik. 


*Sumber utama post ini adalah dipetik daripada buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit tulisan Dr. Adi Hashman dan diterbitkan oleh PTS Millennia Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...