Pages

Thursday, March 3, 2011

:: aku online dari rumah !!! ::

Salam, 

Mungkin sedikit klakor tapi kali ni kat rumah aku dah ada Streamyx! Yeyyy !!! ~ so lepas ni InsyaAllah boleh la aku selalu update blog aku ni ~ dah boleh online dari rumah sendiri rasa senang sikit dari nak duduk kat opis tu ... Ini pun dah seminggu aku tak update rudyson7 ni ... hehehe ~ maaf kepada pembaca kerana menunggu.

Ok ~ sedikit tentang Streamyx ~ sebenarnya aku ni antara orang yang ketinggalan kat Malaysia ni sebab orang lain dah lama ada Internet kat rumah. Rumah kat kampung kawan aku yang duk hulu pun ada Internet. Lepas tu pulak sekarang ni ada pakej Unifi ~ Fiber Optic Cabel tu~ feedback dari kawan-kawan aku yang dah pakai Unifi memang terbaik. Aku bukan tak nak amik Unifi ~ tak masuk Gombak lagi ~Sebab utama aku nak ada Internet kat umah ni pun sebab aku rasa dah perlu untuk buat kerja sikit-sikit kat rumah. Boleh update blog. Pastu plak bil Internet ni share ngan adik aku ~ hihihi ...

Nak apply Streamyx? Senang je ... korang pegi kat mana-mana cawangan Telekom Malaysia yang berdekatan pastu amik borang. Kalau belum ada tepon rumah amik sekali borang nak apply tepon umah. Satu lagi borang application for Streamyx. Package yang free laptop dulu tu dah abis dah ~ yang aku ni amik pakej Blockbuster Deal sekarang ni. Aku subscribe pakej RM 110 (1Mbps) sebulan. Free calls for TM Homeline nationwide, free cordless phone and free WiFi modem. Berbaloi la jugak ~

Sedikit panduan untuk korang. Dalam borang tu ada petak untuk setem hasil. Aritu aku siap pegi LHDN untuk stamping tapi sebenarnya TM pun boleh buatkan tapi bayar kat dorang. Bila dah siap isi borang semua korang pegi la antar balik kat TM. Mula-mula nak apply tu takde apa-apa bayaran pun dikenakan tapi kena ingat semua bayaran yang sepatutnya akan dimasukkan dalam bil bulan pertama. Hee ~ Anggaran masa untuk pemasangan tepon ngan modem lebih kurang 2 minggu tapi macam aku ni apply khamis lepas khamis ni dah boleh online! 

Walaupun tak pakai Unifi tapi aku rasa speed WiFi aku sama je lajunye. Maklumlah aku sorang je pakai ~ Lagipun dari dulu lagi boleh masukkan Internet kat umah cuma keperluan dulu kurang so takut membazir plak. Dapat bukak email, youtube ngan blog pun dah kira baguih la tu. 

Adios ~~~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...