Pages

Saturday, March 5, 2011

:: syukur dengan nikmat keamanan ::

Salam, 

Walaupun tahun Masihi dah masuk tarikh 5 Mac 2011 tapi ikutkan waktu masih lagi Jumaat yang mulia. Jom kongsi sedikit ilmu yang aku nak petik dan ulas dari Khutbah Jumaat di Masjid Negara minggu lepas tentang mensyukuri nikmat keamanan. 

Keamanan yang kita nikmati sekarang kat negara Malaysia sekarang ni adalah nikmat yang Allah berikan untuk kita semua. Aman bermaksud bebas dari bahaya, bencana, malapetaka dan kejahatan. Walaupun keadaan jenayah dan perbuatan buruk banyak berlaku di negara kita sekarang ni namun kita masih bebas untuk melakukan aktiviti harian kita dan mencari rezeki di bumi Allah ini. 

Tapi perlu kita ingat keamanan yang kita ada sekarang ni perlu kita pelihara bersama-sama. Alangkah ruginya negara-negara yang berpecah belah dan kacau bilau dan ini perlu kita jadikan iktibar untuk kesejahteraan kita bersama. Sejarah tamadun Islam yang lepas menceritakan dan membuktikan kaum dan umat terdahulu yang runtuh kerana mereka zalim dan kufur. Mereka tidak mensyukuri nikmat yang telah diberikan dan membelakangi para Nabi. 

Kepada semua rakyat Malaysia, jom kita sama-sama menjaga keamanan yang kita kecapi sekarang ini terutama golongan yang muda sebab satu hari nanti kita adalah generasi yang perlu memimpin generasi yang kemudian. Kita perlu ketepikan perbezaan kaum dan bersatu padu membangunkan negara Malaysia. Kita harapkan negara kita tidak akan berlaku seperti negara-negara yang bergolak sekarang seperti di Libya dan sebagainya. 

Selain itu juga jom kita sama-sama membantu negara-negara yang perlukan bantuan. Mungkin kalau kita tidak mampu dari segi kudrat kita boleh menyumbang sedekah untuk bantu mereka teruskan kehidupan. 

Apa-apa pun ini adalah sebagai ilmu dan peringatan yang perlu kita semat dalam hati. Sentiasa kita bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Allah berikan semoga kita diberkati hidup di dunia dan akhirat. InsyaAllah ~






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...