Sunday, March 6, 2011

:: al-kisah merokok menyusahkan diri sendiri dan orang lain ::

Salam kepada semua,

Kotak fikiran aku hari ni melibatkan sape-sape yang merokok. Ha ~ kalau tengok tajuk pun dah tau. Biasanya orang yang merokok ni pakai tabur je buang abu rokok tu.


Nak dijadikan cerita malam 2 minggu lepas aku nek motor on the way balik ke rumah ~ motor aku jalan sebelah motor mamat sorang ni ~ dier menunggang sorang sambil merokok. Aku pun slow la skit sebab aku dah agak dier akan 'jentik' rokok tu kat tangan dier nak buang abu tu~ skali dengan bara tu melayang dibawak angin aku kat belakang pun jadi berapi. Cuba bayangkan seorang pakcik tua nek motor pastu kena situasi aku ni ~ kalau la pakcik tu sakit jantung terperanjat tak ke 'naya' tu ~

Aku ada kawan seorang yang kemalangan sebab rokok ni. Ini kisah benar berlaku sekitar tahun 2005. Kemalangan melibatkan kawan aku dengan adik perempuan dier. Kawan aku lelaki. Sekampung la katakan ~ Satu hari si adik dan si abang nek la motor nak pegi mana aku tak ingat. Si abang ni membonceng sebab si adik yang menunggang. Si abang ni memulakan la tradisi pembakaran tembakau yang dibalut rapi bersaiz kecil skit dari jari. Bakar rokok la ape lagi. Lepas tu ~ sampai satu simpang nak masuk SK Sungai Pusu kat Gombak (kitorang tinggal kat Gombak) ntah macam mana adik dier terganggu dengan asap dan abu rokok kawan aku tu pastu ngenggg ... nggongg ... kelepuk ... keceper ... dah tergolek accident langgar ape ntah pengsan la si abang~ masuk la hospital pastu lutut masuk besi~ kekal sampai kini.

Aku ada satu lagi pengalaman tapi pengalaman ni kes rosakkan kereta sendiri. Kawan aku jugak. Sekampung jugak. Hehehe ~ Kes dier simple je ~ dier pun hisap rokok jugak ~ waktu memandu kete. Abis berlubang kerusi kete bini dier dek bara abu rokok. Haisshhh ~ Selalu jugak aku tengok orang pandu kete tangan keluar pegang rokok abis terbakar sape-sape yang lalu tepi dier ~ Yang selalu aku imagine bila orang buang puntung rokok yang masih membara tu kena la kat tank kete ke motor bocor ke dah meletup plak ~ dahsyat ...

Selain merosakkan kesihatan banyak jugak masalah yang kita dapat dari rokok ni. Menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Kepada perokok-perokok sekalian, kalau boleh berhenti la merokok. Memang susah nak berhenti terus. Kurangkan dan pelan-pelan nanti benti la tu. Niat dan usaha tu kena betul-betul. Tepuk dada tanya selera ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...