Thursday, April 28, 2011

taman tema upin dan ipin ~ mesti best!

Assalamualaikum,




Tak sempat nak update malam semalam tapi nak jugak aku cerita. hehehe ~ ... tengah kekenyangan lepas makan aku tengok Buletin Utama ada cerita pasal taman tema Upin & Ipin. Excited aku dengor beritanya ...

Les' Copaque Productions (LCP) merancang untuk membina sebuah taman tema kat Malaysia ni yang berkonsepkan Upin & Ipin. Nak buat ala-ala Disneyland tu ~ mesti gempak punye ... kos yang dianggarkan dalam RM 200, 000, 000.00 ~Ada khabar angin kata nak buat kat Perak . Betul ke? Ce baca kat SINI

Akhbar Utusan Malaysia hari ni menyebut konsep Upin & Ipin sesuai buat taman tema sebab dorang ada konsep lanun, kampung, futuristik dan sebagainya. Tu yang Boboi Boy punya production pun ok gak tu kalau nak join je skali ~ ngeh ngeh ngeh ~

Sejak Upin & Ipin disiarkan memang syok tengok cerita tu walaupun 5-7 minit je. Bila keluar movie on the spot aku pegi tengok. Latest movie yang akan keluar adalah Upin & Ipin: Angkasa. Tak sabar nak tunggu ni ...Pasni adalah kelainan sikit . Asyik taman tema genting ngan taman tema air jer ... nak pegi Disneyland tak mampu. Hehehe ~

Baca berita lanjut kat SINI .

*Sumber utama adalah dari Utusan Malaysia Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...