Wednesday, April 20, 2011

follow me and I follow you back~

Assalamualaikum,

Follow me and I will follow you back ... macam pernah dengor je kan ayat tu? Tapi kat mana ek? Heee~ sape2 yang blogger baru tu mesti ada yang guna ayat macam tu kan kan kan? Aku ni pun kategori blogger baru la jugak ~ aku nak komen sikit pasal ayat tu ...

Sebelum tu aku nak citer masa mula2 blog aku ni tercipta rajin la jugak aku tengok FB Kelab Blogger ngan Sahabat Blogger ... ada kisah pasal ayat ni sampai gaduh2 dalam FB tuh ! Katanya ayat tu trick lama la ... dah basi la ... macam2 ... pelik ..pelik..pelik ~

Pendapat aku berbeza sikit sebab takde masalah kalau nak suh orang lain follow blog kita ONLY WHEN THEY FOLLOW US tapi ... cuba korang fikir tujuan sebenar kita buat blog ni . dah tentu macam2 tujuan ada kan .. mostly nak share tentang diri sendiri dan dunia masa kini ... bukan sebab nak ramai follower ~ errr ... yeke camtu?

Bila kite mintak orang follow blog kita pastu baru kita follow blog dorang macam tak best la plak ... sebab kalau orang tu follow blog kite dah tentu dorang follow sebab dorang nak kita follow blog dorang balik ... follow memfollow BUKAN sebab BLOG KITA BEST ! betul tak? Akhirnya follower punya ramai tapi takde sorang pun follower tu baca blog kita ... hahaha ~ :D

Kesimpulan yang aku nak cakap kat sini ialah biorlah orang follow blog kita kerana tulisan kita. Kerana nukilan kita sendiri. Kalau blog kita best mesti ramai yang follow ~  the best way promote blog ajak dorang singgah baca ... kalau menarik pasti orang lain akan follow  ~ tapi ingat! bila dah jadi otai blogger jangan lupa nak singgah blog2 orang lain ... kena support bloggers yang lain ~ kongsi pengalaman anda ... kalau tak percaya tanyalah blogger2 yang dah level otai ~

2 comments:

  1. wahhh...i setuju...!tak suka dgn ayat "i follow u n u follow i balik"
    huhuhu

    ReplyDelete
  2. Tau takpe ~ hehehehe ~ kena rajin la kan kan kan ???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...