Pages

Tuesday, April 5, 2011

anda ada akaun Maybank2u? sila baca ni ~

Assalamualaikum,

Kali ni nak citer pasal IT sikit. Hehehe ~ korang ada akaun Maybank2u tak? Internet banking Maybank la ... hari ni aku dapat lagi satu email (ini kali kedua) kononnya dari Maybank mintak re-confirm details sebab kononnya jugak akaun aku ada isu sekuriti . Well ... JANGAN PERCAYA ...

Korang tengok ni ...

(Gambar mungkin kecik sikit dan tak nampak tapi aku terangkan kat bawah)


Ini email aku. Subject yang dihantar kata "Re-Confirm Your Details" . Macam real wooo sebab siap tiru gambar cantik je ... bulatan kedua tu tulis "Click here to Log In" ... ini helah dorang suh korang login guna link tu. Bulatan ketiga tu ada kesalahan ejaan "Mayabank" ... itu pun dah membuktikan email ni palsu ...

Kalau korang terlepas dan click jugak login tu dier akan keluar macam ni ...


URL yang ditulis kat atas tu "http://propharmace.com/m2udatabase/main.html" ... INI BUKAN URL YANG BETUL ... bulatan kedua tu kotak untuk login. JANGAN SEKALI-KALI LOGIN KAT PAGE NI ...

Cuba tengok beza dengan laman web yang betul kat bawah ni ...



URL yang betul adalah " https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login " ... setiap laman web yang melibatkan sekuriti mesti bermula dengan " https:// " ... kalau takde hurus "s" tu bermakna laman tu tak secure ... biasanya laman web melibatkan bank dan data peribadi yang akan secure ... Bulatan kedua untuk login pun ada satu kotak je sebenarnya ...

Kalau korang memang ada akaun Maybank2u ni bila korang login Maybank ada bagi message yang menyatakan mereka tidak berurusan dengan menghantar email ...

So bila melayari Internet pun kena hati-hati bila register mana-mana laman web ataupun login ... kalau Blogger takpe ... hehehe ~ sekian ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...