Pages

Tuesday, April 26, 2011

takziah untuk mereka dan keluarga ~

Assalamualaikum,

Bercampur baur perasaan aku sekarang ni. Sedih, pilu dan insaf tatkala 2-3 hari ni aku terima berita perginya insan-insan tersayang rakan-rakan dan jiran aku.

Hari Ahad yang lepas bapa kepada boss kecik aku telah menghembuskan nafas terakhir. Arwah Pakcik Hanafiah Arifin. Arwah meninggal sebab sakit kanser paru-paru. Masa arwah masih di Hospital KL sempat jugak aku melawat. Arwah selamat dikebumikan di kampung halaman di Kedah pada hari yang sama. Kalu nak tengok kisahnya boleh klik sini tengok blog boss aku tu ~

Dalam pada masa yang sama atuk kepada rakan blogger aku si KIC pun telah meninggal dunia semalam. Sedih jugak tak sempat nak melawat tapi alhamdulillah KIC kata semua dah selesai dan arwah dah selamat dikebumikan. KIC postkan entry tu dalam blog dier. Boleh la singgah blog dier ... klik je KIC ni ..

Sedang aku belek2 FB semalam aku terbaca status seorang kawan aku di UIA, Dr Hanafi Ani menyatakan ibunya baru sahaja meninggal dunia. Hanya ucapan takziah yang sempat aku ucapkan.

Dan pagi hari ini Surau kat umah aku umumkan seorang pemuda yakni jiran sekampung meninggal dunia akibat kemalangan malam tadi kalau tak silap. Umurnya baru masuk 20-an tapi aku tak berapa kenal. Pagi tadi tak sempat nak melawat.

Baru sekejap ni pulak bila baca blog Ady Budika ada satu entry tentang perginya bapa kepada Ally Iskandar. Takziah kepada Ally Iskandar.

Takziah daripada aku untuk mereka di atas dan sekeluarga. Semoga mereka yang telah pergi meninggalkan kita ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Jom kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah semoga roh mereka dicucuri rahmat ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...