Tuesday, April 26, 2011

menu 'lunch' aku hari ni ... seeeedappppp

Assalamualaikum,

Jangan salah sangka ye sebab ini bukan blog masakan macam blog sifu Mat Gebu. Hehehe  ~ tapi aku semangat nak share ngan korang menu makan tengahari aku tadi. Rasa macam nostalgia la plak ~ hahaha ... Mak aku orang Minang keturunannya. Minang Bukit Tinggi ... wah ... lidah aku dari kecik pun selalu lah makan masakan Minang~

Tengahari tadi kebetulan aku pegi Bank kat area KL so alang-alang aku singgah la ke Kampung Baru. Kat sini ada satu kedai Masakan Minang Asli kat selekoh belah belakang. Sorry la aku tak sempat nak snap gambar lokasi. Lain kali aku amik. Entah kenapa dulu kecik-kecik memang selalu beli kat sini. Dah besor-besor ni aku ingat lokasi je. Hehehe ...

Taraaaaa !!! tengok gambar bawah ni. Ni la menu kegemaran aku ...




Dulu selalu aku suka makan usus lembu atau perut kat kedai tu. Menu kat atas tu terdiri dari nasi, bergedel, pucuk ubi rebus, tempe, dendeng (yang daging hitam tu) ngan tunjang. Tunjang tu yang kuning tu bahagian urat kat kaki lembu. Kitaorang sebut 'tunjang'. Maksudnya korang cari la sendiri.

Raya Haji tahun lepas aku dapat bahagian kaki lembu. Nenek aku la tunjuk cane nak amik bahagian tunjang tu. Proses susah wooo ~ kena bakar dulu kaki lembu pastu kena potong punya la liat. Hehe ~ senang citer beli je kedai. Hahaha ~

Ha ... harga makanan aku tu RM 9 jer ~ xtau la mahal ke tidak. Kalau dah mengidam tu aku beli je. Hehehe .. pakai daun pisang buat lagi sedap. Hari-hari bungkus pakai polystyrene pun tak bagus jugak. Kepada sesape yang suka masakan Minang boleh la cuba cari tempat tu ~ :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...