Pages

Wednesday, February 2, 2011

:: agama & kehidupan ::

Salam,

Setiap manusia di muka bumi ini mempunyai pegangan agama masing-masing. Aku sebagai seorang Islam sudah tentu percaya dengan agama Islam sebagai pegangan hidup.  Dalam kehidupan kita seharian sudah tentu berlandaskan ajaran agama kita. Mana yang wajib jangan ditinggalkan dan mana yang sunat lakukan banyok-banyok skit bior jadi bekalan kot la timbang nanti tak cukup berat pahala. Setiap apa yang kita lakukan mesti sentiasa ingat Tuhan supaya kita tidak lupa dan tidak melakukan sebarang perkara yang tidak baik. Apa setiap perkara tu? Semua skali la ~ bangun tido, berjalan, bercakap, makan, mandi, bekerja, melihat dan sebagainya. Seandainya kita melakukan dosa, cepat-cepatlah bertaubat semoga diampunkan dosa. Aku nak kongsi pengalaman aku pertama kali seumur hidup menjadi saksi officemate aku menjadi saudara baru. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan mudah je. Officemate aku baru convert to Islam bulan lepas di Jabatan Agama Islam kat KL. Sebelum officemate aku mengucap Syahadah, ada sesi penerangan tentang agama Islam oleh pegawai yang bertugas. Ada juga ilmu baru yang aku dapat waktu sesi tu tentang agama. Perbezaan antara agama dan kepercayaan. Ha~ secara ringkasnya agama Islam adalah agama yang Allah iktiraf. Sebelum Islam agama Kristian tapi Allah dah iktiraf Islam sebagai agama penutup yang perlu diikut. Kepercayaan adalah agama bukan dari Allah contohnya seperti Buddha, Hindu dan sebagainya. Untuk ketahui lebih jelas daripada ringkasan tu sila lawati link berikut:


Content dalam bahasa Indonesia tapi InsyaAllah boleh faham kalau dibaca. Serumpun la katakan ~ Secara kesimpulannya, kita perlu ingat dalam kehidupan kita ini mesti ikut ajaran agama. Hidup kita di dunia ini hanya satu persinggahan dan masa yang ada sekarang amat pendek. Hidup yang kekal adalah di alam akhirat kelak. Aku pun masih cetek terutama dalam ilmu agama ni. Mari kita sama-sama menuntut dan berkongsi ilmu yang baik dan berdoa semoga Allah  memberkati kehidupan kita dan ditempatkan di dalam Syurga kelak. Amin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...