Pages

Sunday, February 13, 2011

:: api cinta ::

Saat kita menunggu sambutan Hari Maulidur Rasul yang akan disambut pada 12 Rabiulawal 1432H bersamaan  hari Selasa , 15 Februari 2011M, sedarkah kita sehari sebelum hari tersebut ada satu tarikh yang muda mudi sekarang anggap sebagai hari memadu kasih yakni Hari Kekasih @ Valentine’s Day. Aku rasa ramai dah Blogger tulis pasal Hari Valentine yang konon nak disambut esok.

Gambar Hiasan
Aku terpanggil untuk tulis isu ini sebab makin ramai anak muda terutama yang masih belasan tahun dah pandai lagak bercinta mengalahkan orang yang dah kawin. Isu ini pun secara kebetulan aku nak tulis bila membaca kandungan Khutbah Jumaat untuk Wilayah Persekutuan bertarikh 11.2.2011 bertajuk ‘Api Cinta’. Ringkasnya pasal Hari Kekasih la. Aku pun baru perasan besok ke hari tu???

Tanggal 14 Februari setiap tahun ramai orang menyambut Hari Kekasih termasuk sesetengah umat Islam. Sambutan Hari Kekasih sebenarnya bercanggah dengan dengan syariat dan akidah Islam. Sambutannya dah tentu menjurus kepada kerosakan akhlak. Senang cerita bila sambut hari tu pasangan kekasih berdua-duaan memadu kasih la kononnya sampai membawa ke tahap Zina.  Semua perlakuan tu hukumnya HARAM.

Ada beberapa pendapat yang kuat pasal asal usul Valentine ni.  Antaranya pada zaman Rom 14 Februari adalah hari cuti untuk orang Juno, Ratu dewa-dewa ROM. Hari esoknya diraikan satu pesta Lupercalia dimana dalam pesta tu nama gadis-gadis Rom dimasukkan dalam satu bekas pastu lelaki pilih nama dari dalam bekas tu. Nama pompuan mana terpilih akan jadi pasangan lelaki tu sepanjang pesta tu. Kedua adalah untuk memperingati St. Valentine yang kena bunuh ngan Raja Claudius II sebab ingkar arahan batalkan semua majlis kawin dan tunang pada 14 Februari 270 Masihi. Ketiga Ratu Isabella memulakan Valentine sebagai tanda terima kasih sebab Valentine berjaya hapuskan pengaruh Islam  kat Cordova.

Kesimpulannya sejarah awal Valentine adalah untuk memperingati Valentine atau dewa-dewa dan juga dikaitkan dengan kemenangan Kristian. Kita sebagai umat Islam patut berduka dan bukannya bangga menyambut hari tu. Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke 71 yang bersidang pada 22-24 November 2005 memutuskan amalan menyambut Valentine’s Day TIDAK pernah dianjurkan dalam Islam.

Kepada semua saudara dan saudari yang ada niat nak sambut tu batalkan saje la~ takde faedah pun. Islam dah unjurkan kasih sayang setiap masa dan bukannya satu hari yang spesifik. Cari lah yang halal dan bertaubatlah apabila kita melakukan kesilapan. Insyaallah berjaya dunia dan akhirat ~ Amin~ 


*Sumber utama kandungan Post ini adalah berdasarkan teks Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan bertarikh 11 Februari 2011.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...