Pages

Wednesday, February 16, 2011

:: ptptn ::

Salam kepada semua, 

Seperti yang semua tau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara@PTPTN adalah Perbadanan dalam negara Malaysia ni yang bagi pinjaman kat pelajar-pelajar untuk lanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi. Tapi yang aku nak citer adalah pasal bayaran balik hutang dari si peminjam.

Untuk pengetahuan korang aku dapat pinjaman PTPTN waktu aku belajar kat Politeknik Shah Alam dulu selama 3 tahun dan Alhamdulillah aku tamat pengajian pada akhir tahun 2008. Sekarang aku dah bekerja. Setakat ni aku belum kena blacklist lagi sebab aku maintain buat bayaran setiap bulan. 

Aku teringat tahun lepas dalam berita ada disiarkan kes seorang pelajar ni lapor kat media sebab dier dapat surat mahkamah sebab tak buat bayaran PTPTN. Alasannyer kalau tak silap sebab masih belum bekerja. Mengikut anggaran jumlah peminjam yang ‘ingkar’ membayar semula pinjaman sekarang ni dalam 100,000 orang. 

Sebenarnya bukanlah susah nak buat bayaran balik kalau kita ingat tentang orang lain. Kalau dilihat pada realitinya ada antara peminjam ni sebenarnya mampu untuk bayar balik bulan-bulan. Maksimum bayaran balik sebulan pun tak la mahal ikut nilai pinjaman. Tapi still ada jugak kes tak bayar balik. Artis pun ada tu ~ perghhhh ~ Sejak kes ramai sangat peminjam tak bayar balik, PTPTN ada bagitau boleh buat rayuan dengan dorang bagitau berapa yang mampu bayar setiap bulan dorang boleh consider. 

Terbaru PTPTN tawarkan adalah skim Ujrah yakni potongan caj perkhidmatan 3% kepada 1% je kalau tak silap. Aku dapat offer tu dan dah memohon penukaran Ujrah tu. Itu bermakna dah kurangkan beban peminjam tapi kalau ada lagi yang masih degil memang tak tau nak kata apa dah~ nak seribu daya tak nak seribu dalih. Yang paling best ada yang kata PTPTN ni amik kesempatan dengan pelaksanaan Ujrah tu sebab nak trace balik peminjam-peminjam yang MIA (Missing in Action) la itu ini la. Tapi takpe~ itu pendapat masing-masing. Method yang PTPTN akan guna tahun 2013 nanti kalau tak silap nak wajibkan potongan gaji. Bab yang tu aku kurang setuju. Sebab nila setitik abis rosak susu sebelanga. Dulu waktu nak pinjam gedebuk dapat ribu riban. Bila nak bayor balik punya la liat walau RM 50 sebulan. 

Ce tengok balik kenapa PTPTN buat benda-benda ni semua? Kalau takde 100,000 yang ingkar nak bayar takde la dorang susah payah kejor. Dorang pun nak rolling balik duit tu nak bagi kat orang-orang lain nak timba ilmu. Kalau tak mampu nak bayar banyak bulan-bulan antar la surat rayuan kat PTPTN. Toksah la nak pegi bising kat media alih-alih diri sendiri yang malu  ~ 

Dalam Islam pun dah cakap hutang mesti dibayar. Kalau tak bayar mati besok dikira kat akhirat. Abis blaja cari la keje. Kalau nak buat penangguhan hantar surat. Kalau ada rezeki lebih langsaikan terus hutang tu senang. Berdoalah sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah. Jangan lupa niat kena betul. Kepada peminjam yang liat nak bayar balik tu sama-samalah kite beringat ramai lagi generasi baru nak belajar dan jangan lupa buat bayaran balik. Mana tau ada rezeki nak ke luar negara tetiba kena sekat sebab tak bayar hutang PTPTN ~ Oooppss ~ Renung-renungkan ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...