Pages

Saturday, February 19, 2011

:: @ star education fair 2011 ::

Salam ...

Hari ni aku nak update korang ngan aktiviti aku join marketing event kat tempat keje aku yakni Asia e University. Macam biasa tiap tahun paper Star tu akan anjurkan event yang diberi nama Star Education Fair 2011 dan kali ni aku join event ni kat Penang International Sports Arena (PISA) kat Pulau Pinang. 

Tag
Aku pegi dengan bos marketing dan kitaorang ni jadi Exhibitor la. Perjalanan mula kul 11.00 pagi tadi dan sampai lebih kurang pukul 3 petang. Ok la tu ~ lagipun bos yang driving takde la bawak laju sangat. Siap ada roadblock tengah highway ~ hehehehe~ separuh perjalanan benti la kejap kat Ipoh pegi lunch makan McDonald. Ha ~ jangan kata kitaorang tak solat Jumaat~ kan musafir~ ...
Ipoh ~
Lepas aku 'ngap' Double Prosperity Chicken kitaorang pun teruskan perjalanan. Sampai je kat Pulau Pinang ni kitaorang cari tempat menginap dekat Krsytal Suite. Ha~ boleh tahan gak kat sini. Event sebelum ni pun aku penah join kat Penang ni tapi stay kat Vistana. Stay kat sini pun apartment type sama cam Vistana dulu. Duduk 30 minit dalam bilik kitaorang pun gerak la ke PISA setup booth AeU. Sejam je nak setup~ huhuhu~ pastu pegi minum kat kedai mamak~ ada best part kat sini sebab kali ni kitaorang parking kena bayor 3 posen. Siap ada resit. 3 posen untuk setiap setengah jam. Tergelak aku ngan bos sebab nak claim ke? hahahah ~ Pas minum balik la bilik.

Kenderaan kami

Malam dalam pukul 8 tadi baru gerak pegi makan kat Giant. Kecik je Giant tu. Makan pun kat foodcourt dier je. Menu? Nasi ayam goreng dengan nasi goreng tom yam. Abis licin mungkin sebab lapar la kot ~ kuang3 ~ Lepas makan singgah CIMB and then ~ pegi 7-Eleven. Ada citer menarik kat sini. Aku beli 2 botol air ngan coklat. Dier tak kasi beg plastik. Aku tanya 'Arini memang takde plastik eh?' ... dier jawab 'Setiap hari memang takde plastik' ... hahahahaha ~ setahu aku hari Sabtu je hari tanpa plastik. Nak kena cari update ni... 

Apartment kami

Aku dan kerjaku


Booth kami

Ok~ setakat itu dulu ~ tomorrow is the event~ nak kena rehat cukup-cukup dulu ~ selamat malam ~ :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...