Pages

Thursday, February 10, 2011

:: nilai duit ::

Kotak fikiran aku hari ni adalah pasal nilai duit atau mat saleh kata the value of the money. Hee~ people always say that with money you can do almost everything but of course, some always say that money is not everything. Tepuk dada tanya selera. 

Apa itu duit? Aku duk cari pengertian duit dalam Wikipedia tapi lain plak yang keluar. Semua orang perlukan duit untuk hidup. Baik yang kaya mahupun yang miskin. Sape yang banyak duit dierlah yang kaya. Ada orang berjimat cermat dan ada yang boros. Pendapat aku, nilai duit pada seseorang terletak pada diri mereka sendiri. Ada setengah pulak tak sedar duit tak banyak tapi nak berbelanja lebih dari kemampuan. Kat tempat aku keje ni ada seorang Professor asal dari Pakistan but live in Malaysia for about 13 years if not mistaken and he got his 'Dato' title from the state of Kedah. His background is in Economics and he told me that Malaysian spends beyond what they can afford. Aku pun macam termasuk golongan tu tapi taklah boros sangat.

 Aku terfikir tentang tajuk post ni sebab semalam waktu balik keje aku pegi isi minyak motor. Aku isi minyak V-Power Racing di mana harga sekarang RM 2.70 per liter. I was then wondering why I use that Petrol when my pocket is empty? V-Power 97 is RM 2.50 and Ron 95 is RM 1.80 I guess. Sebenarnya memang aku isi V-Power 97 je selalu. Cara aku nilai macam ni ~ aku akan isi minyak bila meter minyak motor aku sampai tahap paling bawah. Aku akan isi RM 9 ikut harga sekarang ni. Motor 2 stroke aku tank 5.5 liter. Kalau isi Ron 95 aku dapat 2 hari perjalanan. Isi V-Power 97 pun 2 hari. Isi V-Power Racing pun sama. Jadi? Nilai dan jarak yang sama tapi minyak berbeza kualiti. Cara aku belanja ialah aku suka beli barang yang berkualiti skit walaupun mahal. Mahal pun ikut kemampuan pastu tengok barang ape nak beli. Tapi~ elakkan berhutang!!!

Walau macam mana pun kite berbelanja perlu kite ingat utk masa depan. Sentiasa buat simpanan duit. Macam aku ni~ sekadar Diploma holder korang pun faham2 jela rate gaji Diploma sekarang ni bape.Taklah mahal sangat. Setiap bulan kalau ada banyak benda aku nak beli takdela simpanan aku untuk bulan tu. Kalu jimat dapat la simpan 2 -3 ratus tapi tu pun tak tahan lama. Senang citer aku blom ada simpanan lagi. 

Dalam sibuk kite mengumpul duit jangan lupa dunia ni hanya sementara. Boros tu amalan syaitan. Bak lagu kumpulan Senario Boria Miskin Kaya ~ 'harta bukan boleh beli tiket masuk syurga'. Ape-ape pun kena balance. Kalau cari ilmu yang baik banyak-banyak itu takpe. Hehehe ~ tu la sedikit sebanyak tentang nilai duit pada aku. Sebarang komen amatlah dialukan ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...