Pages

Saturday, February 12, 2011

:: guru yang membakar ::

Guru adalah seseorang yang ada ilmu yang mengajar untuk memberi ilmu  kepada setiap insan kat dunia ni. Setiap orang mempunyai guru masing-masing termasuklah ibu-bapa sendiri yang mengajar anak-anak sejak dari kecil hingga dewasa. Cikgu, Tutor, Lecture dll. semua ni kite gelar sebagai GURU ikut level yang mana seseorang guru tu mengajar.

Baru-baru ni aku melihat satu berita dalam akhbar Harian Metro bertajuk 'Guru buas dijel 12 tahun' . Terfikir jugak sejenak sebab sebenarnya banyak kali jugak dah terdengar kisah guru yang menjadikan murid atau pelajar sebagai mangsa dorang. Bukankah guru sepatutnya menjadi mentor dan contoh yang baik untuk pelajar?

Sumber: Akhbar Harian Metro
Dalam kes ni guru lelaki ni ada pengalaman 20 tahun mengajar dan telah merogol seorang daripada murid perempuan berusia 12 tahun. Teruk betul perangai. Pengalaman guru ni mengajar memang lama tapi kenapa sampai boleh jadi begitu? Adakah kerana nafsu atau sebaliknya? Tak terfikir ke hancur masa depan budak tu? Ditambah pulak guru tersebut mempunyai lapan orang anak (tak tau bape laki bape pompuan) tapi macam buat dek je ~

Kebanyakan kes guru yang menjadikan pelajar sebagai mangsa ni memang banyak dikeluarkan dalam berita dan sedikit sebanyak dah mencalar ungkapan guru umpama lilin yang membakar diri mendidik & memberi ilmu kepada pelajar. Itu tak termasuk guru yang mengajar sambil lewa. Pada aku guru yang buat perkara tak elok tu memang patut dihukum. Masa depan orang jangan kita hancurkan.

Namun guru yang baik ada kedudukan istimewa di sisi agama. Setiap ilmu yang diajar memberi sejuta makna kepada pelajar. Penjelasan yang lebih banyak tentang darjat seorang guru boleh kite tengok dekat link ni:


Post aku ni berkenaan guru yang tak baik tapi jangan dilupakan jugak ada pelajar yang ambil kesempatan terhadap guru. Yang tu citer lain plak. Akan menyusul dalam post yang akan datang. Apa-apa pun guru yang baik perlu kita hormati. Setiap ilmu yang diberikan memberi manfaat sampai kite mati. Renung-renungkan ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...