Pages

Monday, February 7, 2011

:: cindai song in mandarin ::

Post kali ni aku nak share pasal lagu Cindai yang dinyanyikan oleh penyanyi nombor 1 Malaysia yakni Dato’ Siti Nurhaliza. Aku ingat lagi waktu lagu ni tahun 1997 memang popular. Waktu aku tengah panjat pokok rambutan depan umah lama pun aku menyanyi lagu ni sebab jiran bukak lagu ni punyela kuat. Hahaha ~ :D ~ Kalau tak silap aku pagi hari Rabu (2.2.2011) yang lepas aku dengar Hot Fm-Am Crew berceloteh. Tu yang tau pasal benda ni. Lagu Cindai dalam versi Bahasa Cina. Ha~ Menarik jugak bila dengar lagu tu dalam Mandarin. Cuba tengok link ni kalau nak tahu details pasal lagu ni:




Link tu tentang semua maklumat pasal lagu Cindai ni.  Dengarkan video lagu tu kat bawah ni:



Versi bahasa Cina lagu Cindai ni dinyanyikan oleh Chien Bai Hui, seorang penyanyi yang memang berasal dari China. Setengah daripada lirik asal tidak diubah kepada bahasa Mandarin sebab Bai Hui kata lirik asal itu indah dan cantik. Apepun tahniah sebab lagu ni memang popular. Inul Daratista pun ada menyanyikan lagu ni. Hehehehe ~ Kalau ada sesape yang tau lagu-lagu Malaysia ni 'ditranslatekan' ke bahasa lain boleh la share. Kalu lagu tu official lagi bagus. Thanks ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...