Pages

Tuesday, May 3, 2011

hujan yang rahmat dan ujian

Assalamualaikum,



Dah beberapa hari ni pagi petang hujan je sekitar Lembah Klang. Petang tadi pulak hujan teramat lebat sampai satu opis aku jenguk tingkap nak tengok ujan. Gelap betol pastu angin memang kuat. Lepas tu apa lagi bunyi Ambulans pun bersiung la sampai siren tahap maksima.

Aku pun menjenguk lama jugak tengok pokok-pokok yang goyang sebab angin kuat meniup. Terfikir sejenak betapa bersyukurnya kita di Malaysia yang beriklim Khatulistiwa. Taburan hujan yang baik walaupun musim kemarau melanda.

Hujan adalah satu rahmat yang Allah turunkan untuk kita semua. Kita semua tentu perlukan air untuk hidup dan hujan adalah salah satu sumbernya. Tapi jangan kita lupa hujan juga boleh jadi satu ujian untuk kita. Contoh paling baik bila hujan yang berpanjangan sampai mengakibatkan banjir besar. Ya betul. Itulah yang menjadi ujiannya.

Penunggang motor macam aku ni pun selalu tersekat tatkala hujan. Selalunya bila balik kerja tu hujan tengah jalan habis kuyup sampai ke rumah. Hehehe ... dalam hati selalu berdoa supaya aku sampai umah dulu sebelum ujan lebat. Tapi sudah kehendak Allah kena terima la ~ :)

Lagi satu bila hujan lebat ni banyak kemalangan yang berlaku. Kalau tak percaya korang tengok la bila hujan ataupun selepas hujan mesti banyak Ambulans kat jalanraya. Itu pulak masuk bab manusia sendiri yang kadang2 tak sedar diri bila hujan pun nak bawak kete ke motor laju.


Hujan boleh akibatkan kemalangan


Hujan boleh akibatkan banjir besar


Tujuan entri aku ni saja nak ingatkan kita semua rahmat yang Allah beri ini perlu kita syukuri dan bila ia menjadi musibah untuk kita jangan pulak kita marah-marah sebab ada hikmah di sebaliknya.Oh lupa nak cerita baju hujan aku penah kena curi tahun lepas. Harap-harap siapa yang curi tu dalam keadaan baik sekarang ni sebab takut dia pakai benda haram lain plak jadinya .

Sekian ...

*Sumber gambar adalah dari Google

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...