Tuesday, May 3, 2011

blog rudyson7 kurang menarik . ayat tak best ?

Assalamualaikum,



Apa khabar semua? Hehehe ... aku pun tak tau nak mula dari mana tapi tetiba teringat pulak waktu aku berborak ngan adik aku semalam. Dia tunjuk blog kawan dia. Blogger baru jugak tapi follower dah lebih ramai skit dari blog aku yang tak seberapa ni. Traffic pun boleh tahan.~


Aku pun bertanya adik aku cmni ... 'Blog aku boring ke? ' dengan selamba adik aku menjawab ... 'Mungkin la. Ayat ko tu cam tak best kot' ... lalu aku bertanya lagi ... 'Ko selalu baca tak blog aku?' ... dengan pantas adik aku kasi jawapan camni ... 'TAK' ... Cis! Rasa macam nak gigit kertas plak ... hahaha ~

Sebenarnya kadang2 aku pun rasa camtu jugak. Tapi terus terang aku cakap aku ni kadang2 jenis yang ikut peraturan. Boleh kata aku takut tersilap fakta ke atau apa-apa yang aku tulis mendatangkan mudarat kat aku atau orang lain. Mudarat tu sama la maknanya dengan 'Masalah' . Hee ~lagi satu kena ingat Allah . Takut2 nanti tak sedar apa yang aku sampaikan jadi dosa untuk aku.

Ramai yang kata blog ni salah satu cara untuk kebebasan bersuara dan banyak lagi tujuan blog ni. Macam-macam. Blog aku ni pun stakat ni belum ada identiti yang khusus. Tapi aku memang suka baca blog yang isinya lebih ringan dan blog bab agama lebih utama jadi pilihan.


InsyaAllah aku cuba sampaikan sesuatu yang menarik, berilmu dan bermanfaat untuk semua. Aku jugak nak kongsikan blog2 yang aku baca ngan korang nanti. Kurangkan kontroversi dan tingkatkan keimanan diri. ~ Sekian ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...